Pages

Sunday, August 8, 2010

Mimpiku Yang Indah DiSubuh Hari...

Ingin aku bicarakan kisah ini sebagai sebuah memori yg terindah buatku, buat diri yg masih teruna ini....Allahuakbar3x...walhamdulllah

Pada waktu pagi yg masih hitam pekat, aku terjaga dari tidurku. Dan aku bertanya pada diriku, sudah 'Subuh ke sekarang ni?'. Aku menjangkakan subuh masih belum masuk lagi, dengan seribu kemalasan aku cuba untuk tidur semula. Kemudian entah berapa lama aku bermain- main dgn tempat tidurku, tak ku sedari, azan subuh seolah-olah berkumandang di cuping telingaku, meskipun kurang jelas. Aku cuba untuk menangkap bunyi tersebut dan aku terlelap. Sebelum ibuku mengejutkanku, dalam tempoh sesingkat itulah aku bermimpi. Suatu mimpi yg benar- benar ...indah...tidak tertulis, tidak ternoktah.

Didalam sebuah kedai, yg x seberapa besarnya...seperti 7 eleven lebih kurang. Sewaktu aku hendak pergi membayar barang yg aku ambil (x pasti, mungkin sebotol air), cashier wanita tersebut tiada wang baki satu ringgit. Dan dia memintaku agar menghalalkan baki tersebut. Aku membalas, "Tak boleh macam tu cik." Aku pun membelek- belek dompet ku, jika ada wang kecil, tiada baki yg harus dipulangkan. Namun, masih ada baki seposen yg tinggal(seposen = 10 sen).

Wanita itu mengikutiku(aku pun x berapa nk ingt kemana aku pergi). Kemudian aku sampai disebuah restoran, kelihatan ibu dan adikku menunggu kehadiranku. Dari jauh ibuku kelihatan tersenyum kepadaku, barangkali kerana wanita tadi yg berada disebelahku. Tapi yg herannya aku macam x kisah.

Aku duduk seorang sambil melihat ibuku berbual mesra dgn wanita tersebut. Melihat wanita tersebut, memang mempunyai ciri- ciri wanita pilihan ibuku, berwajah putih bersih, cantik, tinggi dan muda, meskipun dia tidaklah bertudung, atau dgn kata lain, tidak sempurna menutup aurat. Setelah itu, kami berempat menaiki bas bersama. Dia duduk di sebelah ku. Lalu aku bertanyakan lagi, "Mana baki saya sepuluh sen lagi?".
Wanita itu cuba melarikan diri daripada persoalan aku, aku bersuara dan aku berhujah. Dalam masa yg sama suara ku sedikit tenggelam. Kelihatan dia terpegun melihatku, apatah lg ibuku. Kemudian dia meminta maaf, aku membalas dgn memberi salam. Dia tak jadi pergi, kembali duduk di sebelah ku. Dan kemudian aku terjaga dari lamunan tersebut.

Walaupun aku kurang ingat ap yg terjadi sewaktu didalam bas itu, aku merasakan sesuatu keindahan, suatu kelainan yg berlaku dalam diriku. Mungkin ini satu petunjuk dari Allah s.w.t.. Subhanallah. Tidak pula dpt aku rungkaikan mimpi ini. Persoalannya, siapakah wanita itu? - aku percaya, 'setiap yg berlaku ada hikmahnya'....


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...