Pages

Sunday, October 17, 2010

:: THE ARRIVALS ::

the arrivals...sy rse dah ramai org tgk video, tp disini suke sy utk berkongsi tayangan tv series the arrivals dgn shbt2 semua full@complete series.




The Arrivals
This series explores the revelations in world religions regarding the arrivals of the antichrist Dajjal, Imam Al-Mahdi & the Second coming of the Christ.

format : AVI
size : below 100MB


Download Link:

http://www.mediafire.com/?sharekey=349b0ba04e706fd56b21be4093fab7ac4dc035f0712c2d64a2d0568e5b24962e

PART
00. Intro
01. Proof from The Holy Quran
02. Mind Control featuring George Carlin
03. Children's Mind Control
04. Proof of the Antichrist's Arrival
........................................................................(tgk sendirik yek, byk..)

Friday, October 15, 2010

Kamen Rider x Kamen Rider x Kamen Rider : The Movie Cho Den-O Trilogy Episode Red



fuhhh...tajuk pnjg giler

2 all my friends, KR fans especially, sila2 lah download kalu x sbr nak download...hehe

Info:
:: size 1.6GB ::
:: format MKV ::



Download Link
http://www.mediafire.com/?n1zjlzsycjpb1
(divided into 6 parts, joins using HJ split)

Thursday, October 14, 2010

Perempuan Paling Ramai Masuk Neraka

Sesungguhnya telah diceritakan didalam sebuah hadith sohih dalam Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Ghazali megenai hal ahli2 neraka. Peristiwa ini diriwayatkan sewaktu perjalanan Rasulullah s.a.w. dalam isra' dan mi'raj.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa baginda telah melihat didalam neraka itu dipenuhi dgn bahan2 bakarnya dari manusia dan kebanyakan isinya adalah daripada kaum Hawa, yakni perempuan. Lalu sahabat2 bertanya, "Kerana apa ya Rasulullah?". Baginda bersabda, "Sebab pun perempuan2 itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sgt pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila tak kena apa satu perkara di dalam hatinya drpd perbuatan siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk memaki,..."

Tambahan pula, "(mereka)Tidak mengatakan ada apa2 kebaikan dan kemanfaatan suaminya, iaitu jikalau diberi oleh suami akan isterinya nafkah dan kiswah dan tempat tinggal yg sekadar upayanya, dan bermesra manis tidak sentiasa bengkeng, dan membaikkan tadbir baginya oleh suaminya, maka semuanya itu dikatakannya tiada apa2 baik suaminya, dan tidak sekali-kali dikenangnya dan syukur ia atas sekalian perkara itu..."

Jelasnya, 2 sebab kenapa ramainya masuk ke neraka.
  1. Li an(suka megumpat dan memaki hamun)
  2. Tidak membenarkan kebaikan suaminya
Peringatan Rasulullah s.a.w. ini seharusnya dijadikan panduan dan peringatan kpd golongan wanita agar mereka lebih berwaspada dalam setiap tingkah lakunya dan tutur katanya. Pernah suatu hari saya menghadiri satu majlis ilmu di sebuah surau berhampiran, penceramah tersebut ada mengatakan antre hobi org2 perempuan ini ber'leber', atau bhse mudahnya gemar bercakap dan berkata2. Kaum wanita juga sebaiknya dapat memperhiaskan diri dgn akhlak yg mulia, terutamanya terhadap suami. Bahkan wanita sebenarnya lebih mudah masuk ke syurga jika mereka taat kepada perintah Allah, Rasul dan suami.

Oleh itu para wanita sewajarnya bersyukur dgn nasihat yg disampaikan oleh Rasulullah ini.

Wednesday, October 13, 2010

Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosial

Antre point2 yg penting:
  • ...konsert yang akan dianjurkan itu dilihat semakin menambah gejala sosial yang sedang berlaku di saat ini.
  • ...karakter yang dimiliki oleh artis tersebut yang disebutkan sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis (gay).
  • “Di Malaysia, hubungan sejenis ini ditolak sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Jadi mengapa pihak kerajaan masih lagi membenarkan artis tersebut masuk ke negara ini?”
  • “Kita bimbang kesan dan pengaruh artis tersebut akan mempengaruhi anak muda di negara kita ini dan akhirnya ia secara tidak langsung akan membawa kesan buruk kepada negara pada masa akan datang"

"Ya Allah, Engkau lindungilah masyarakat dan negara kami drpd terjebak dalam gejala sosial yg semakin parah pada hari ini"

baca lagi...

Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosial

Sunday, October 10, 2010

Opick feat Fira FLO - Andai Waktu Memanggil

Lyric:

Ya Rabbi beri kami
Cahaya penerang digelapnya hati
Jauh sudah langkah kaki
Lewati jutaan detik tak kembali

Ilahi ampuni kami
Dosa-dosa mewarnai diri
Hati lupa kadang terlena
Mimpi dunia menggoda sang jiwa

Andai waktu memanggilku
Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hati kan memohon di kemahaan-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta

Andai waktu memanggilku
Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hati kan memohon di kemahaan-Mu

Tangan ini hati ini
Hari-hari berlalu kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta
(*korus ending x2)




Saturday, October 9, 2010

OPICK *New Album - Shollu Ala Muhammad (2010)


Track :

01. Shollu Ala Muhammad feat Finalis FLO
02. Allahu Akbar
03. Andai Waktu Memanggil feat. Fira FLO
04. Dengan-Mu Aku Tenang
05. Sholawat Muhammad
06. Pengakuan (I’tiraf) feat. Inggrid FLO
07. Dunia Tanpa Cinta-Nya feat. Dian FLO
08. Tiada Duka yang Abadi
09. Nyanyian Sepi
10. Istighfar

Download Link

MEDIAFIRE
http://www.mediafire.com/?jsh7ok6wu2wc5kr

MEGAUPLOAD
http://www.megaupload.com/?d=H03D1A5N

WaNita & aUraT

Aurat...disitulah letaknya "harga" atau "nilai" seorang wanita...


Lumrahnya seorang wanita utk bersifat lemah lembut dan ayu tertibnya. tambahan pula setiap anggotanya itu diciptakan dgn elok rupanya, kerna itu menjadi fitrah seorang lelaki itu berkenan/b'kehendak kpd seorang wanita. Tambahan pula, kerana... itulah ia mudah jatuh ke lembah fitnah. Ditegaskan seorang wanita itu WAJIB menitik beratkan penutupan auratnya adlah tidak lain tidak bukan melainkan dilindungi maruahnya dr fitnah dunia dan memelihara kesucian diri wanita itu dr tgn2 lelaki yg kalah pd nafsu syahwatnya. Sungguh Islam itu agama yg sempurna.

Jika kita lihat pada zaman modenisasi ini, muslimah yg berpurdah dan smpurna menutup auratnya dikatakan muslimah yg ekstrimis dan ada juga yg mengatakan golongan yg primitif. tetapi apabila muslimah yg menayangkan auratnya utk dipertontonkan kpd pemuda2 dan org2 disekelilingnya bukankah mrk ini juga layak digelar seorang ekstrimis juga, yakni org munafik yg ekstrimis dan lebih tepat lg 'golongan2 yg melampaui batas'. wallahualam~bangkitlah ya ayyuhan nisa'

Sesungguhnya dirimu itu benar-benar berharga...maka peliharalah ia berlandaskan syariat Islam

Thursday, October 7, 2010

Tinta Ringkas Lembaran Hidup

Jahilnya aku kerna sikapku,
meskipun cuba tuk menjadi yg lebih baik,
tatkala ujian dtg menimpa,
bagai tidak tertahan dek fisikal dan mental ini,
ku harungi perjalanan ini suatu kembara,
berharap mendapat redho Ilahi.

Tiap masa berlalu,
aku membuang waktu,
maka pada Tuhanlah aku mengadu,
mencari cahaya dibalik lubang yg sempit,
dek hidup umpama cacing tanah kesepian.

'bersungguh-sungguhkah aku?'

Aku usaha tuk terbang tinggi,
aku usaha tuk berjalan jauh,
aku usaha tuk menahan nafas,
semata-mata tuk jauh dari lumpur dosa,
namun cukuplah bagiku 'Allah swt' disisiku...

Sungguh, kpd-Nyalah tempat aku dan kamu kembali.

Wednesday, October 6, 2010

::Si Tempang yang Jahil menjadi Ahli Syurga::

Kisah ini berlaku dizaman Rasululullah s.a.w. , dan bermula sewaktu Islam masih belum bertapak sepenuhnya di Madinah.

Diwaktu itu jahiliyah masih lagi berleluasa di Madinah. Adalh sifulan ini bernama Amru yg tempang kakinya memiliki sebuah berhala yg diperbuat dari kayu. Ukirannya sgt cantik, dan beliau amat menyayaninya. Sehinggakan setiap kali dilanda masalah, berhala inilah yg ditemuinya, dan berhala inilah yg menjadi teman setianya dlm segala hal. Begitulah jahilnya sifulan yg tempang ini.

Pada suatu hari, Rasulullah telah menghantar seorang sahabat ke Madinah untuk berdakwah dan menyebarkan agama yg benar, yakni agama Islam. Ketiga-tiga anak beliau serta isterinya telahpun memeluk Islam, Alhamdulillah.

Berlakulah suatu diskusi antara ketiga-tiga anaknya mencari jalan bagaimana hendak menarik bapanya untuk kembali ke landasan yg benar, jalan yg diredhai oleh Allah s.w.t.. Setelah itu mereka menemui bapanya bertanyakan apakah pendapatnya berkenaan agama baru ini. Si anak mendengarkan kpd bapanya beberapa Ayat2 Al-Quran. Lalu ayahnya mengambil keputusan untuk berbincang dgn berhalanya terlebih dahulu. Berhalanya itu diberi nama Manaf. Secara akal yg warasnya, apakah berhala atau patung yg tidak bernyawa itu mampu berkata2 dan membuahkan fikiran? begitulah jahilnya sifulan ini akibat terlalu taksub dek pegangan nenek moyangnya.

Berkumpulah ketiga-tiga anak Amru ini memikirkan jln bagaimana hendak menyedarkan bapa mereka. Lalu mereka sepakat untuk melarikan berhala tersebut pada waktu malam dan meletakkannya di lubang najis. Keesokan paginya, bapa mereka berteriak marah sewaktu menyedari berhalanya, si Manaf hilang. Habis segala sumpah seranah terkeluar dari lidahnya. Setelah menjumpai si Manaf itu dilubang tandas, lantas dia membersihkannya dgn bersungguh2. Bak kate org bagai nak rak. Habis minyak wangi yg mahal2 dihabisinya untuk si Manaf itu.
Mereka masih tidak berputus asa, dan megulangi hal yg sama sehinggakan bapanya naik berang terhadap si Manaf yg sering dipuja2nya itu. Kerana tidak mampu menjaga diri dan meyusahkan dia.

Akhirnya, dipendekkan cerita, dengan hidayah Allah itu hatinya terbuka untuk menerima nur Islam. Sebelum perang Badr berlaku, beliau terlebih dahulu menemui Rasulullah berhajat utk menyertai angkatan perang Muslimin. Tetapi hajatnya itu tidak kesampaian kerana kakinya yg tempang dan usianya yg telah lanjut. Tidak lama selepas itu, perang Uhud pula, utk kali keduanya dia memasang hajat utk turut serta dalam angkatan tentera memerangi musuh2 Islam. Meskipun ditegah oleh anak2nya, dia tetap berkeras dgn niatnya itu. Begitulah semangatnya seorang Muslim tatkala iman benar2 bertapak dihati. Diluarnya sahaja nampak lemah, namun dihatinya seperti org muda. Seperti mana yg dinukilkan oleh seorang ulama' yg tersohor (Imam Al-Ghazali jika aku tidak silap), "Seorang pemuda itu tidak terletak pada tubuhnya semata, tetapi pada hatinya yg kental dan teguh dan berjiwa muda meskipun usianya telah lanjut".

Niatnya itu telahpun diperkenankan oleh Rasulullah kerana Amru ini ingin bertemu dgn Allah azza wa jalla di syurga. Maka tahulah Rasulullah s.a.w. bahawa Amru mahu syahid di medan perang. Sebelum Amru turut serta berperang, beliau telahpun berdoa, memohon supaya dia tidak akan kembali lagi ke sisi keluarganya. Sewaktu perang meletus, syahid lah beliau disebabkan lehernya
dikelar oleh senjata musuh.

Sewaktu Zaman pemerintahan Muawiyyah, ketika mana berlaku banjir besar timbullah sebahagian besar jenazah2 pejuang Islam diatas muka bumi. Dan antara mayat tersebut ialah mayat Amru yg tempang kakinya. Diriwayatkan, jasadnya masih elok, dan sendi2nya masih dapat digerakkan seperti org yg masih hidup. Masya-Allah, sungguh jenazah org2 mati syahid ini dipelihara jasadnya.

#mudah-mudahan sedikit bingkisan cerita ini dapat memberi peringatan dan keinsafan kpd kita semua

Capoeira UIA PJ Demo - Live @ MHI TV3

1 Oktober 2010/ Jumaat,

Tempoh persediaan & liku-liku perjalanan kami, Capoeira family:
  • mendapat berita baik ini pada sabtu 25/09
  • ahad - khamis, training non-stop...this is small matter coz in month of Ramadan, we just do a bit exercise & fitness
  • malam rabu dan khamis, tambah skill yg bru2, and polish back our basics movement and so on
  • jumaat - the day for performance; pukul 5 bangun tido,mandi, siap2 ap yg patut. pukul 6.10 berkumpul di Al-Malik Faisal Hall. pukul 6.30 bertolak dr cfs. Dalam perjalanan nak ke seri pentas 2, ada jugak yg tersesat jauh. Pusing punye pusing, alhamdulillah selamat smpi ke destinasi. pukul 7.30 bersiap2 utk mulakan persembahan. sekitar pukul 7.40 bermulalah persembahan kami dan wawancara pengenalan sedikit sebanyak berkenaan asal-usul capoeira dan basic movement. pukul 8.00 dipelawa utk makan sebelah bilik siaran tv9. ingatkan dapat lah pekene nasik lemak kopi O, rupa-rupanya dapat nasi lemak teh O. kemudian,berfotografi di luar bangunan tv3. masing2 dah macam foreigner, ambik gmbr sana sini situ sinu...eh terlajak pulak. and then before blik ke cfs, dalam pukul 10 pegi pulak beraye kat kfc (sempat lg tuh). Anyway tnx 2 all of u guys, this is the best performance.



# we are a family. also a big thanks to our senior from UIA Gombak and Ache Brazil from Kuantan 4 supporting us.




#Our honorable instructor; abg fizi(Hafizi Ali), abg Yus and abg Aizat.





*notes:
  • For further information abt us, plz visit http://www.imac.com.my/
  • Watch our demo in youtube http://www.youtube.com/watch?v=sTzbR8JNL98&feature=related

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...