Pages

Thursday, October 14, 2010

Perempuan Paling Ramai Masuk Neraka

Sesungguhnya telah diceritakan didalam sebuah hadith sohih dalam Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Ghazali megenai hal ahli2 neraka. Peristiwa ini diriwayatkan sewaktu perjalanan Rasulullah s.a.w. dalam isra' dan mi'raj.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa baginda telah melihat didalam neraka itu dipenuhi dgn bahan2 bakarnya dari manusia dan kebanyakan isinya adalah daripada kaum Hawa, yakni perempuan. Lalu sahabat2 bertanya, "Kerana apa ya Rasulullah?". Baginda bersabda, "Sebab pun perempuan2 itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sgt pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila tak kena apa satu perkara di dalam hatinya drpd perbuatan siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk memaki,..."

Tambahan pula, "(mereka)Tidak mengatakan ada apa2 kebaikan dan kemanfaatan suaminya, iaitu jikalau diberi oleh suami akan isterinya nafkah dan kiswah dan tempat tinggal yg sekadar upayanya, dan bermesra manis tidak sentiasa bengkeng, dan membaikkan tadbir baginya oleh suaminya, maka semuanya itu dikatakannya tiada apa2 baik suaminya, dan tidak sekali-kali dikenangnya dan syukur ia atas sekalian perkara itu..."

Jelasnya, 2 sebab kenapa ramainya masuk ke neraka.
  1. Li an(suka megumpat dan memaki hamun)
  2. Tidak membenarkan kebaikan suaminya
Peringatan Rasulullah s.a.w. ini seharusnya dijadikan panduan dan peringatan kpd golongan wanita agar mereka lebih berwaspada dalam setiap tingkah lakunya dan tutur katanya. Pernah suatu hari saya menghadiri satu majlis ilmu di sebuah surau berhampiran, penceramah tersebut ada mengatakan antre hobi org2 perempuan ini ber'leber', atau bhse mudahnya gemar bercakap dan berkata2. Kaum wanita juga sebaiknya dapat memperhiaskan diri dgn akhlak yg mulia, terutamanya terhadap suami. Bahkan wanita sebenarnya lebih mudah masuk ke syurga jika mereka taat kepada perintah Allah, Rasul dan suami.

Oleh itu para wanita sewajarnya bersyukur dgn nasihat yg disampaikan oleh Rasulullah ini.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...