Pages

Monday, November 29, 2010

ANTARA BERLIAN DAN EMAS

“Antara emas dan berlian”, inilah perumpamaan yg saya fikirkan untuk membezakan antara orang kaya yg pemurah dan orang kaya yg bakhil.

Orang kaya yg pemurah itu umpama sebentuk berlian. Kenapa? Antara ciri-ciri yg ada pada berlian ialah kualiti kekerasan fizikalnya, keupayaan meyelerakkan cahaya putih kepada warna pelangi, digilai ramai orang, dan sukar ditemui. Selalunya, orang-orang kaya yg pemurah itu amat sedikit bilangannya. Walaupun sedikit, merekalah hamba-hamba yg dikasihi dan diredhai dan dihormati. Mereka ini dekat dengan Allah dan dekat dengan manusia. Hati dan jiwa mereka begitu ampuh seperti berlian. Mereka tidak mudah jatuh kepada hasutan syaitan.

Apabila dipantulkan cahaya, dia tidak kedekut untuk memantulnya kembali dan meyelerakkan cahaya itu dengan pelbagai warna-warna yg indah. Bak kata orang, ‘sedap mata memandang’. Mereka tidak takut harta akan berkurangan apabila diinfakkan hartanya itu untuk kepentingan agama Allah SWT. Kerana mereka tahu, mereka hanya pemegang amanah Allah SWT.



Orang yg bakhil itu pula umpama emas yg sifatnya mudah dibentuk. Hati mereka tidak tetap, terlalu mudah diperangkap oleh hasutan syaitan dan tunduk kepada kehendak nafsu tamaknya. Anjuran berbuat baik dan amal jariah dipandang sepi. Mereka takut harta mereka itu akan berkurangan, sedangkan Allah SWT yg menurunkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Seperti emas, apabila dipantulkan cahaya kepadanya, apakah dia akan memantulkan dan meyelerakkan cahaya itu seperti berlian? Tidak sama sekali melainkan cahaya keemasan untuk menampakkan dirinya yg kaya. Disebabkan sifat tamaknya, mereka menjadi bakhil, tidak prihatin, egoistic, menumpuk harta sebanyak-banyaknya sehingga lupa uhtuk menunaikan kewajipannya kepada agama.

Tambahan lagi, begitu jahil dan takburnya mereka apabila ditanya kenapa tidak menunaikan ibadah fardhu (seperti solat,puasa,bayar zakat dan etc.), pasti mereka akan menjawab, “Kuburkan lain-lain. Kau buat hal kau, aku buat hal aku”. Betul kubur lain-lain, tapi mati nanti siapa yg akan mekhafankan kamu? Siapa yg akan memandikan kamu? Siapa??? Mereka ini begitu ramai dan mudah dijumpai.

Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad ayat 38, “….,dan barangsiapa yg bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil untuk dirinya sendiri. Dan Allah lah Yang Maha Kaya, sedangkan kamu orang-orang yg fakir (yakni berhajat kepada-Nya)…”.






Sabda Nabi SAW pula yg maksudnya:

“Orang yg pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga, dan jauh dari neraka. Orang yg bakhil pula jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga dan dekat dengan neraka. Dan orang jahil yg pemurah itu lebih disukai Allah daripada abid(ahli ibadah) yg bakhil.” (Riwayat Imam Tirmizi)

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...