Pages

Tuesday, November 9, 2010

Undang-undang Allah vs Undang-undang Manusia

Saya ada terbaca sebuah artikel yg dishare dalam fb mengisahkan 'Kisah Murtad Di Malaysia'. Daripada pembacaan saya, ada sesuatu yg menarik saya utk menulis diblog ini. Betulkan saya andai kesimpulan dan rumusan saya ini silap.

Berkenaan dengan Perlembagaan Persekutuan yg menyatakan hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena meminta kebenaran ibubapanya. Dan article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana2 warganegara Malaysia yg telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya.

Berikut adalah sebahagian kisah yg terkandung didalam artikel yg saya baca:
(sumber dari blog Otak dan Lutut)

"Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar."

Tambahan lagi, article 4 pula menyatakan mana2 undang-undang yg bertentangan yg bercanggah dgn perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'. Jelas sekali undang-undang manusia mengatasi Undang-undang Allah...naudzubillah

Dalam surah Al-Baqarah;ayat 229

"... . Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim."

Mengikut hukum syara' , remaja terbabit telah sah memeluk Islam. Remaja tersebut sempurna akalnya dan telah memeluk Islam atas kerelaan sendiri bukan atas paksaan.

Berikutan dengan masalah murtad pula yakni keluar dari Islam, sudah sah-sah haram. Bahkan Rasulullah SAW telah bersabda;

maksudnya: Sesiapa(orang Islam) yg menukar agamanya maka bunuhlah ia.(Riwayat kebanyakan ahli Sunan)

Ketika Rasulullah SAW menghantar sahabatnya yg bernama Mu'az bin Jabal ke Yaman di zamannya utk menjadi hakim disana, Rasulullah mengingatkan Mu'az jika sekiranya kamu dapati ada orang yg murtad maka bunuhlah ia.

Abu Bakar(r.a.) ketika menjadi khalifah, selepas wafatnya Rasulullah s.a.w telah memerangi orang-orang murtad di zaman tersebut. Sahabat-sahabat semuanya tidak ada yg membantah, malah turut sama memerangi orang-orang murtad itu, hingga keadaan kembali tenang semula.

Sesungguhnya, ulama Islam seluruhnya berijmak menyatakan bahawa hukuman ke atas orang-orang murtad adalah bunuh.

TAUBAT BAGI ORANG YANG KELUAR DARI ISLAM
(http://makrifah.blogspot.com/2009/05/hukuman-orang-murtad-dan-cara-untuk.html)

Adalah menjadi kewajipan bagi orang yang murtad untuk:
▪Kembali kepada Islam serta merta dengan mengucapkan kalimah shahadah dan;
▪Meninggalkan segala perkara yang menyebabkan riddah dan;
▪Berazam tidak akan mengulanginya lagi sehingga mati.

Jika seseorang itu tidak kembali kepada Islam dengan serta merta dengan ucapan kalimah shahadah , maka dia mesti dipaksa untuk mengucapkannya.

Jika dia tidak juga kembali kepada Islam selepas diarahkannya untuk kembali kepada Islam yakni hasil dari penyaksian 2 lelaki yang ^adil atau dari pengakuan si murtad itu sendiri, maka Khalifah akan membunuhnya (dan ini tidak bermakna si murtad boleh terkecuali dari dipaksa dengan memeluk agama lain kerana tidak diterima darinya selain dari agama Islam);Ini dilakukan dengan bersandarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhariyy yang bermakna:
“ Barangsiapa yang meninggalkan Islam bunuhlah ia.”

Sesungguhnya agama ini bukan barang mainan. Islam adalah agama yg syumul(menyeluruh). Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya yg berhikmah. Hukuman bunuh itu tidak dijatuhkan serta-merta keatas orang yang telah murtad, melainkan selepas dinasihati dan diberi peluang sekali lagi untuk menginsafi diri pulang ke jalan yg diredhai oleh Allah SWT dan dia tetap juga tidak kembali kepada Islam. Adapun hukum bunuh keatas orang murtad itu adalah tidak lain tidak bukan untuk memelihara kesucian agama islam itu sendiri dan menjaga aqidah penganut-penganutnya.

Apabila Islam menghukum bunuh terhadap orang-orang yg murtad, maka persoalan sudah pasti akan timbul; tidakkah hukuman bunuh itu terlalu berat untuk dikenakan ke atas orang-orang yg murtad. Dengan mengatakan hukuman yg berat itu, tidakkah ianya bererti tidak ada kebebasan beragama didalam islam?

Berhubungan dengan kebebasan beragama dalam Islam bererti seseorang itu sebelum ia memeluk agama Islam ia bebas untuk beragama apa sahaja. Ia juga bebas untuk memeluk Islam atau tidak. Dalam Islam tidak tidak boleh dipaksa seseorang itu memeluk Islam. Akan tetapi sebelum memeluk Islam hendaklah difahami benar-benar bahawa apabila telah memeluk agama Islam maka tidak lagi boleh keluar dari agama itu. Jika ia keluar juga maka hukuman telah ditetapkan seperti yg tersebut tadi.

(http://www.tranungkite.net/teladan/teladan229.htm)


Kenapa hukuman ini tidak dijalankan di negara kita? Jelas sekali undang-undang manusia telah mengatasi Hukum-hukum Allah.

Apa yg dapat saya simpulkan disini, undang-undang manusia ini(dinegara kita/negara jiran) membuka ruang dan peluang untuk memaksa kita tunduk dan patuh kepada undang-undang ini dan mengingkari hukum-hukum Allah. Hal inilah yg menjadi antara punca2 ramainya umat Islam murtad di Malaysia dan punca kesulitan non-muslim untuk memeluk Islam. Sesungguhnya hukum-hukum Allah tidak zalim, sebaliknya, orang-orang Islam yg mengingkari hukum-hukum Allah itulah yg zalim.
Buka mata, Buka hati...tepuk dada tanya iman

Wassalamualaikum.




No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...