Pages

Thursday, December 2, 2010

Abu Yazid al-Bustami RA menjawab persoalan Pendeta Nasrani

Pada suatu malam, sewaktu beliau (waliyullah Abu Yazid al-Bustami r.a.) mendekatkan diri kpd Allah SWT, tiba-tiba dia terdengar suara ghaib yg menyuruhnya pergi ke gereja Sam'an kerana di sana perkara yg perlu dan penting. Pada kali keduanya dia terdengar suara itu berkata, "Wahai Abu Yazid! Janganlah engkau merasa takut dan bimbang. Engkau termasuk dlm golongan waliyullah dan org yg Ku cintai sebagai org-org yg Abraar. Nah, sekarang pakailah pakaian pendeta Nasrani, dan pasangkan salib di lehermu, dan janganlah engkau bimbang. Semua ini tidak akn menjadikan apa-apa pada dirimu...".

Justeru beliau terus menuruti apa yg diperintahkan oleh suara tersebut. Setibanya di gereja Sam'an, lalu dia berkumpul bersama-sama pendeta di situ.Waktu itu merupakan hari besar bagi pendeta-pendeta yg berkumpul disitu. Semasa ketua pendeta itu tiba untuk memberikan pidatonya, mulutnya seakan-akan dikunci. Lalu salah seorang drpg mereka bertanya, "Wahai pemimpin kami! Apakah yg menghalang tuan untuk memberikan nasihat kpd kami?". Pemimpin pendeta itu membalas, "Ada sesuatu yg mencegah lisanku drpd berbicara dihadapanmu kerana ada diantara kalian yg beragama syariat Muhammad, yg datang ke sini semata-mata mahu menguji keimanan kalian."


Ketua pendeta itu berdiri lalu berkata, "Wahai orang yg mengaku agama Muhammad, bangunlah, kami ingin melihat dan mengenali kamu."


Abu Yazid segera bangun dan maju kehadapan, sementara lisannya tidak berhenti berzikrullah. Pemimpin pendeta itu pun membuat tawaran jika Abu Yazid dapat menjawab pertanyaannya dgn benar, pendeta itu akan mengikuti agama Islam. Dan sebaliknya dia akan dihukum bunuh. Abu Yazid bersetuju!


Pendeta itu pun mula mengemukakan persoalan kpd-nya. "Terangkan kpd kami:


  1. mengenai satu tidak ada duanya,
  2. yg dua tidak ada tiganya,yg tiga tanpa empatnya,yg empat tidak ada limanya,yg lima tanpa enamnya,yg enam tanpa tujuhnya,
  3. yg tujuh tanpa lapannya,yg lapan tanpa sembilannya,
  4. yg sembilan tanpa sepuluhnya,
  5. yg sempurma daripada yg sepuluh,
  6. mengenai yg sebelas,-yg dua belas,-yg tiga belas,
  7. -yg empat belas
  8. siapa daripada golongan yg membenarkan, namun dimasukkan ke dalam neraka?
  9. dan siapa daripada golongan yg mendustakan, namun dimasukkan ke dalam syurga?,
  10. dimanakah tempat roh didalam jasad?,
  11. apakah yg disebutkan adz-Zariyati Zarwan, al-Hamilaati Waqran, al-Jaariyati dan al-Muqassimaati Amran,
  12. mengenai sesuatu yg bernafas namun tanpa roh,
  13. - kubur berjalan bersama penghuninya,
  14. -air yg tidak turun dari langit, dan tidak berasal dari bumi,
  15. -4 golongan yg tergolong dlm kelompok manusia, jin, malaikat, dan tidak pula keluar dr punggung seorang lelaki dan perut ibu,
  16. -darah pertama yg mengalir di bumi,
  17. -ciptaan Allah SWT lalu dianggapnya sesuatu yg berat,
  18. siapa seutama-utama kaum wanita, lautan, gunung, binatang, bulan, dan malam? dan Apakah Thammah itu?
  19. mengenai pohon yg mempunyai 12 cabang, setiap cabang ada 30 daun, setiap daun ada 5 bunga, dua diantaranya berada di matahari dan tiga lainnya pada bayang2,
  20. berapakah jumlah Nabi-nabi Allah, berapa yg menjadi rasul, dan berapa pula tidak terutus?,
  21. -4 jenis benda yg berlainan rasa dan warnanya namun dari sumber yg satu,
  22. apakah itu Naqir,Fatil,Qitmir, Sabed,Labed,Tham dan Ram?
  23. apakah yg digongong oleh anjing, disuarakan oleh himar, sapi, kuda, unta burung merak, burung durju, burung bulbu, katak dan naqus dlm suara masing2,
  24. jelaskan segolongan makhluk yg Allah SWT wahyukan kpd-nya namun bkn tergolong dlm kelompok jin, manusia dan malaikat,
  25. kemana perginya siang dtg dan ke mana perginya siang jika malam dtg?

Abu Yazid seolah-olah mahu saja melompat krne tidak tertahan menunggu kesemua soalan yg dilontarkan. Mahu saja dijawabnya spontan. Beliau berkata, "Jika aku dpt menjawab semua pertanyaan tadi dgn betul dan benar, mahukah kamu semua beriman kpd Allah SWT Yang maha Esa, yg tiada sekutu baginya? dan mempercayai Nabi Muhammad SAW dan beriman kpd-nya sepertimana aku beriman kpd-nya?"

Para pendeta saling berpandangan. Kemudian dengan tegas pemimpin pendeta itu bersetuju dgn Abu Yazid al-Bustami. Kesemua pendeta2 yg lain mengangguk tanda setuju. Beliau mengangkat kealanya keatas mengucapkan, "Ya Allah, Ya Tuhanku! saksikanlah apa yg berlaku disini, kerana dikaulah sebaik-baik saksi atas kesediaan semua pendeta ini utk beriman kpd-Mu dan Rasul-Mu!".


  1. Yang satu tidak ada duanya; itulah kewujudan Allah SWT. Dia Tuhan Yang Tunggal dan tidak ada sekutu bagi-Nya. (dlm surah Al-Ikhlas aya 1-4)
  2. Yang dua tidak ada tiganya; itulah malam dan siang. Apabila berlalunya malam dtglah siang, dan apabila berlalunya siang datanglah malam. Yang tiga tidak ada empatnya adalah Kursi, Qalam dan Arasy Tuhan. Lima tidak ada enamnya adalah solat fardhu yg diwajibkan keatas orang Islam, iaitu Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Dan yg enam tidak ada tujuhnya adalah hari2 Allah menciptakan bumi dan langit (dlm surah Sajdah ayat 4).
  3. 7 tidak ada 8; ia adalah 7 petala langit dan 7 petala bumi yg disebut dlm kitab suci-Nya.Yang 8 tanpa 9 nya; itulah malaikat-malaikat pemikul Arasy Tuhan kamu, sebagaimana disebut dlm kitab suci-Nya: "Dan akan memikul Arasy Tuhan kamu pd hari (kiamat) itu nanti adalah 8 orang malaikat."
  4. 9 tidak ada 10 nya adalah mereka yg menjadi perosak di bumi Allah sebagaiman yg disebut didalam surah an-Naml ayat 48: "Di dalam kota itu dahulu ada 9 kumpulan yg menjadi perosak di muka bumi dan mereka tidak pernah melakukan kebaikan."
  5. 10 yg sempurna ia adalah ibadat puasa selama 10 hari ke atas org2 yg berihram haji. Surah al-Baqarah ayat 196: "Maka hendaklah dia (org yg berihram haji) berpuasa 3 hari dimasa haji dan 7 hari lagi apabila pulang ke negerinya. Itulah dia 10 yg sempurna, kata Tuhan."
  6. Yang sebelas itu adalah saudara mara Nabi Yusuf a.s. dan 12 itu adalah bulan-bulan dalam setahun. Yang 13 itu pula apa yg dimimpikan oleh Nabi Yusuf a.s..(dlm surah Yusuf ayat 4)
  7. Yang 14; Allah berfirman dalam Surah Fussilat ayat 11: "Maka Tuhan berkata kepadanya, iaitu 7 petala langit dan 7 petala bumi, datanglah kpd-Ku secara patuh terhadap perintah , ataupun secara terpaksa...".
  8. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 113: "Telah berkata kaum Yahudi, bahawa kaum Nasrani itu tidak benar, Dan berkata kaum Nasrani pula bahawa kaum Yahudi itu tidak benar." Kedua-dua kaum ini berkata benar, namun kerana mereka menolak ajaran yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yg telah memansuhkan segala agama sebelumnya, lantaran itu tempat kembali mereka adalah ke neraka.
  9. Mereka adalah saudara mara Nabi Yusuf a.s., kerana mereka ketika mendakwa di depan ayahndanya (Nabi Ya'kub a.s.) bahawa Yusuf dimakan serigala, mereka membawa pakaiannya yg telah berlumuran darah kambing. Apa yg mereka lakukan itu adalah sesuatu yg dusta. (dlm surah Yusuf ayat 17)
  10. Roh dalam jasadmu diantara kedua-dua telinga kamu pada gambaran wajah.
  11. adz-Zariyaati Zarwan; ia adalah nama ingin yg empat, al-Hamilaati Waqran; ia adalah awan-gemawan yg tersebar di dada langit, al-Jaariyati Yusran; ia adalah perahu-perahu yg sedang berlayar di permukaan lautan, al-Muqassimaati Amran; mereka itulah malaikat2 yg bertugas membahagi-bahagikan rezeki kpd manusia pd malam Nisfu Syaaban.
  12. Yang bernafas tetapi tidak memiliki roh iaitu waktu Subuh. "Demi Subuh dan apabila bernafas." (Surah at-Takwir:1-18)
  13. Kubur besar yg berjalan bersama penghuninya ialah ikan besar yg menelan Nabi Yunu a.s.. Baginda berada di dalamnya (spt di dalam kubur), dan dibawanya kemana-mana sehingga dimuntahkan di sebuah pantai dengan izin Allah SWT.
  14. Air yg dikirimkan oleh Ratu Balqis (Ratu Negeri Yaman) kpd Nabi Sulaiman a.s. di dalam botol, iaitu air keringat kuda.
  15. 4 golongan itu adalah kambing kibasy yg dibawa Jibril utk dijadikan korban menggantikan Nabi Ismail a.s., juga unta Nabi Salleh a.s. yg disembelih oleh kaumnya. Dan yg ketiga dan keempat ialah Nabi Adam dan Siti Hawa a.s.
  16. Darah pertama yg mengalir di atas muka bumi adalah darah Habil yg dibunuh saudara kandungnya sendiri, Qabil. (dlm surah Al-Maaidah ayat 27-32)
  17. Tipu Helah kaum wanita, sesuai dengan firman Allah SWT: "Sesungguhnya tipu-helah wanita adalah suatu helah yg besar atau berat!" (Surah Yusuf: 28)
  18. Seutama-utama kaum wanita ialah Hawa,ibu kpd semua manusia, kemudian Khadijah, diikuti oleh Aisyah, Asiah(isteri Firaun) dan Maryam binti Imran. Seutama-utama lautan; Sihun, Jihundan Nil di negeri Mesir, seutama-utama gunung; Tursina, seutama-utama binatang; kuda, seutama-utama bulan; bulan Ramadhan, seutama-utama malam; malam lailatul qadar. Mengenai at-Thammah itu adalah hari kiamat. (http://greencastle.wordpress.com/2005/06/03/pelbagai-nama-hari-akhirat/)
  19. 'Tahun'; yg 12 itu adalah '12 bulan', 30 daun itu ialah '30 hari' dan 5 bunga itu ialah 5 waktu solat fardhu; dua di waktu siang iaitu diwaktu ada matahari dan tiga lagi di waktu malam ketika kegelapan menyelubungi alam ini.
  20. -
  21. 4 jenis air yg lain rupanya dan rasanya sedangkan ia datang dari sumber yg sama; ia adalah air mata(masin), air telinga(pahit), air hidung(masam) dan air liur(tawar).
  22. Naqir adlah titik yg ada pada luar kulit benih, Fatil adalah titik tg ada dlm benih, sedangkan Qitmir ialah kulit yg menutupi benih itu. Sabed dan Labed itu adalah bulu kambing biri-biri dan kambing kasi. Dan Tham dan Ram adalah makhluk yg wujud sebelum wujudnya Nabi Adam a.s.
  23. (masing-masing dlm jeritannya dan nyanyiannya memuji-memuji, membesar-besarkan Allah SWT)
  24. Suatu kaum daripada makhluk Allah yg diutuskan kpd-nya, namun dia bukan bangsa jin, bukan bangsa manusia, dan bukan malaikat; ia adalah lebah, sesuai dgn firman-Nya: "Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kpd lebah..." (Surah an-Naml: 68)
  25. Kedua-dua (hal itu) berada di dalam ilmu Allah yg amat sulit.

Pemimpin pendeta itu bersetuju (membenarkan) semua jawapan Abu Yazid. Mereka semua terdiam, tiada seorang pun yg mahu mengemukakan soalan. "Tapi aku ada sesuatu yg hendak ditanyakan," kata Abu Yazid. "Ini giliranku pula," tambahnya bersahaja.


"Soalan pertama, beritahu aku kunci syurga dan kunci langit?", soal Abu Yazid.


Hampir kesemua pendeta yg hadir disitu menjawab ' Kami tidak tahu '. Pemimpin mereka masih berdiam diri. "Jawablah, wahai tuan pendeta itu, "Selama ini kami tidak pernah membantah apa yg tuan katakan."

"Baiklah, kalau begitu aku jawab pertanyaannya," kata pemimpin pendeta itu. Semua pendeta yg ada di situ merasa gembira kerana pemimpin mereka dapat menjawab pertanyaan yg diajukan oleh Abu Yazid al-Bustami. "Ketahuilah, bahawa kunci syurga dan langit itu tiada lain melainkan 'Laa ilaaha Illallah, Muhammadur Rasulullah' (Tiada Tuhan yg sebenarnya disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah)," tegas pemimin pendeta itu.


* * * * * *Subhanallah...* * * * * *

@bagi soalan yg empat tidak ad limanya, bleh jadi kitab suci yg Allah turunkan kpd Nabi Daud a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad SAW. Wallahua'lam...

1. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS berbahasa Ibrani

2. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS berbahasa Qibti

3. Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS berbahasa Suryani

4. Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW berbahasa Arab

sumber: buku "Belajar Dari Para Wali"

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...