Hukum Beronani menurut Perspektif Islam
Firman Allah SWT dalam surah Al-Mu'minun ayat 5-7,
Maksudnya: "Dan orang-orang yg memelihara kemaluan mereka kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yg demikian tidak akan tercela. Tetapi barangsiapa berkehendak selain dari yg demikian itu, maka mereka itulah orang-orang yg melewati batas."
Dari ayat ini jelaslah bahawa apa-apa perbuatan onani ini haram hukumnya dan ditegah oleh Islam. Beronani hukumnya adalah haram kerana seorang muslim tidak harus melampiaskan nafsu sexnya melainkan kepada isterinya atau kepada hamba perempuan yang ia miliki.
Namun begitu, ia diklasifikasikan dalam dosa kecil melihat pada asbabnya. Tetapi perlulah diingat, bahawa sesiapa yg melakukan dosa kecil berulang-ulang kali, maka dosa itu akan bercambah menjadi dosa besar. Dengan itu. Islam menggalakkan penganutnya yg sudah berkemampuan dan berkeinginan kepada seorang perempuan, maka hendaklah ia segera berkahwin untuk mencegah daripada melakukan maksiat dan bagi yg tidak berkemampuan harus baginya menahan diri yakni berpuasa.
Berpuasa di sini bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, ia adalah bersifat lebih universal. sebagai contoh; menahan pandangan daripada melihat perkara-perkara yg haram, menjauhi daripada pergaulan bebas, menjaga batas-batas antara lelaki dan wanita, mendampingi orang-orang yg alim atau elakkan daripada duduk keseorangan (dan sbg nya)
Kesan Buruk:
Akhir Kalam; Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka daripada dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya.
Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).

Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah mampu kawin, maka kawinlah; karena dia itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan." (Riwayat Bukhari)
Kesan Buruk:
- melemahkan aqal dan ingatan
- sperma yg terhasil tidak sihat
- penyakit lengoh
- cepat mati pucuk
Akhir Kalam; Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka daripada dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya.
Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).
ya benar...kita sudah diberikan jalan, tapi kita buta atau sengaja membuta daripada memilih jalan kebaikan.
ReplyDelete