Dalam Surah An.Nisa' ayat 1
Maksudnya:
"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yg telah menciptakan kamu dari diri yg satu(Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki2 dan perempuan yg byk. Bertakwalah kepada Allah yg dengan nama-nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu".
Sepotong drpd ayat diatas 'minn nafsiun wahidatin'' (dari diri yg satu),
Imam Qatadah dan mujahid rahimahullah menjelaskan bahawa maksud 'dari diri yg satu' atau 'jiwa yg satu' adalah Nabi Adam a.s.. Sedangkan pasangannya adalah Siti Hawa. Imam Qatadah menjelaskan bahawa Siti Hawa diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam a.s.. Hal ini hanya berlaku kepada Siti Hawa sahaja. Dan untuk kaum perempuan umumnya, menurut tafsir Al-Mannan (Wallahua'lam) menjelaskan bahawa kalian diciptakan dari satu jenis hakikat iaitu jenis manusia.
Dalam suatu Hadis sohih ada menyebut: "Berikanlah nasihat kepada para perempuan itu dengan bijak. Sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yg paling atas. Jika kamu berkeras meluruskannya, maka ia akan patah. Namun, jika kamu membiarkannya, dia akan tetap bengkok. Maka berilah nasihat dengan bijak kepada para peremuan".
Imam Nawawi rahimahullah berkata, hadis ini menunjukkan keharusan berlaku lembut kepada wanita dan bersikap baik terhadap mereka. Perempuan diciptakan daripada tulang rusuk itu, itu bukan makna harfiyah. Maksud dari hadis ini, perempuan mempunyai sifat seperti tulang rusuk. Jika sifat buruk seseorang perempuan itu dibiarkan sahaja makanya perempuan itu akan bersikap buruk terus selama-lamanya. Sebaliknya, jika dalam memperbaiki perempuan tersebut, seseorang yg menggunakan kekerasan maka tulang yg bengkok itu akan mudah patah mahupun pecah. Ertinya disini, boleh jadi perempuan itu semakin rosak jika diperbaiki dengan kekerasan. Oleh kerna itu, dalam menasihati perempuan yang mempunyai sifat kurang baik adalah dengan cara yg lemah lembut agar tulang yg bengkok ini bisa menjadi lurus.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~
Wahai insan yang bergelar perempuan,
Yang bersifat dengan tulang rusukku,
Yang terkenal dengan ketinggian emosinya,
Yang dikurniakan kelembutan hati,
Bersimpatilah kepada kami,
Yang engkau berikan gelaran 'Sang Adam',
Yang terkenal dengan keegoaan kami,
Hijabkanlah dirimu dengan seruan Ilahi,
Peliharalah tubuh badanmu dari pandangan kami,
Peliharalah kesucianmu,
dan Kukuhkanlah peribadimu...
Untukmu Yang Bersifat dgn Tulang Rusukku~
No comments:
Post a Comment