Pages

Tuesday, January 4, 2011

Soal Mencari Pasangan Hidup

Soal Pilihan Pasangan Hidup

Sebelum saya mengulas pandangan peribadi saya, perlu di ketahui pembaca bahawa yang menulis ini belum lagi berkahwin ataupun bertunangan.hehe…hanya hendak berkongsi apa yang bermain dalam fikiran saya apabila disoal tentang pilihan pasangan hidup.

Saya percaya pasti ada yang dilema apabila ditanya soal ini, nak-nak yang masih single (of course) dan yang masih belum memikirkan untuk berumah tangga atau gadis pilihan. Sebetulnya ia juga tertempias kepada mereka yang masih muda, bak kata orang masih terlalu awal untuk bernikah. Contohnya sayalah tu. (tertawa dalam diam)

Sesungguhnya dinikahi seorang gadis itu diatas 4 faktor; yakni hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Untuk bahagian ‘harta’ dan ‘keturunan’ rasanya pengaruhnya agak kurang, so saya yakin yang membuatkan seseorang lelaki itu dilema dalam membuat pilihan pastinya faktor kecantikan dan agama seseorang gadis itu.

Kenapa? Masakan tidak, kita dituntut untuk memilih yang beragama dan kecantikan yang dimiliki seorang gadis itu menjadi fitrah seorang lelaki itu tertarik kepadanya.

Dalam bab ini tak perlu dirunsingkan, kerana agama kita itu sendiri cantik dan indah. Jadi, kecantikan seorang wanita dapat dilihat lebih indah dan menggagumkan apabila dia memelihara agamanya dan taat dan patuh kepada perintah Allah SWT. Tampak lebih berseri apabila dia memelihara kesucian dirinya yang zahir mahupun yang batin (tersembunyi).

Ringkasnya, pilihlah yang beragama. Memang tak dapat dinafikan seorang lelaki itu akan terpandang kepada kecantikan seorang wanita itu terlebih dahulu. Namun perlu kita ingat, maksud ‘pilihlah yang beragama’ itu cukup luas. Misalnya, dari segi pemakaiannya sempurna menutup aurat, muamalat atau ketika berurusan dengan lelaki ajnabi terjaga dan lain-lain lagi. Untuk mengenalinya lebih lagi, kita boleh wakilkan mana-mana sahabat perempuan yang kita kenali atau saudara perempuan kita sendiri untuk berta’aruf dengannya. Andai sudah berkenan, jangan tunggu lama-lama, kerna syaitan dan sekutunya pasti akan mengambil kesempatan waktu yang kita lengah-lengahkan. Dan orang yang suka melengah-lengahkan waktu itu termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.

“…perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik…”

Jika ditanyakan kepada saya, saya lebih cenderung kepada yang berhijab, yakni yang mengenakan purdah pada pakaiannya (kalau dapat lah). Kerana mereka ini kelihatan umpama mutiara yang sukar ditemui berbanding wanita yang terbuka sana-sini or yang sewaktu dengannya. Kerana pada saya mereka ini umpama makanan yang terbiar. Tiada orang yang waras yang akan mendekatinya melainkan lalat-lalat dan serangga-serangga perosak atau haiwan-haiwan jalanan. Maaf andai ada yang terasa. Berbanding dengan seorang wanita yang umpama mutiara ini, mereka hanya akan didekati oleh penyelam-penyelam yang rajin dan kuat berusaha, mereka inilah yang taat dan patuh kepada perintah Allah dan menuruti ajaran Rasulullah SAW.

Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati ****** Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku Kerana batasan adat dan syariat Menguji kekuatan keteguhan iman insan yang berkasih...


Tambahan pula, gadis yang berhijab ini lebih terpelihara dan terjaga secara zahirnya. Apa yang tersembunyi di dalam hatinya atau dalam hijabnya itu hanya Allah saja yang tahu. Kepada-Nya lah kita bertawakal dan berserah diri.

Wahai syabab,

Andai kekayaanya yang kau kejarkan, yang kau dambakan,

cukup untuk itu sahajalah bagimu.

Andai keturunannya yang kau pandang, yang kau agungkan,

cukup untuk itu sahajalah bagimu.

Andai kecantikannya yang kau dahagakan, yang kau idamkan,

cukup untuk itu sahajalah bagimu.

Andai agamanya yang kau pilih,

nescaya kecantikannya dapat kau nikmati,

keturunannya dapat kau pelihara,

kekayaanya dapat kau imbangi

keberkahan hidup berumah tangga bersamanya dapat kau rasakan.

Insya-Allah

2 comments:

  1. hurm..
    inginkan solehah, perlu menjadi soleh dahulu..
    seandainya tidak dapatyang berhijab, boleh diajarnya suruh berhijab...

    ReplyDelete

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...