Pages

Monday, February 28, 2011

Punca Kebinasaan Umat Manusia

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda,

"Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya".

Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".

(H.R. Baihaqi)

Keterangan:

Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kema'siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.

Jika dilihat dan diteliti dengan fenomena yang berlaku di zaman ini, jelas sekali hal ini berlaku dalam masyarakat kita. Misalnya, sudah berapa ramai umat Islam yang memperdagangkan auratnya dan maruahnya (atau lebih tepat lagi menggadaikan agamanya) semata-mata hendak mencari sumber bekalan atau sumber kehidupan seharian.

Didada akhbar mahupun dalam siaran berita di kaca tv, berapa banyak pekerjaan maksiat yang dilakukan oleh saudara-saudara yg seagama dengan kita. Sebagai contoh, ada yg menjadi 'callgirl', penari/pelayan kelab malam, artis2. Jika diperhatikan ramai di antara mereka adalah seagama dengan kita. Namun apabila dilihat cara hidup mereka,dengan pergaulan bebasnya antara lelaki dan perempuan, pakaian yang menjolok mata, solekan2 atau perhiasan2 yang menghairahkan dan sebagainya.

Hal ini bukan sahaja berlaku kepada orang2 yg terkenal atau ternama sahaja, bahkan termasuk anak-anak muda yg biasa kita dengar generasi muda, harapan bangsa. Ada ketika waktu tu, saya terfikir, "Terfikirkah mereka akan rezeki dan harta yang mereka perolehi itu mendapat kerberkatan daripada Allah SWT??

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? " "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah? " Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

@Sentiasalah bermuhasabah diri, dan berdoa mudah-mudahan diri kita dan saudara2 kita seluruhnya terselamat dari badai fitnah akhir zaman.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...