Pages

Sunday, February 13, 2011

Yang Membezakan Kehidupan Kita dengan Orang Kafir

Apakah yang membezakan kita dengan mereka yang mempersukutukan Allah dan yang menyembah selain Allah? Mari kita lihat dan merenung balik dan menilali aktiviti harian kita supaya sentiasa dalam keredhaan Ilahi dan rahmat-Nya.

Baginda, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong dari golongan tersebut”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar r.a.).

Rasanya hadis ini cukup terkenal dalam kalangan kita sebagai umat islam. Menurut Imam Ibnu Kathir, hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam).

Jadi perlunya bagi kita supaya berhati-hati dengan setiap tingkah laku kita, pakaian kita atau dalam konteks yang lebih luas, rutin hidup seharian kita. Seperti yang kita ketahui, apa yang membezakan kita dengan ‘mereka’ adalah solat/sembahyang dan Jelaslah kepada kita bahawa yang membezakan kehidupan kita dengan mereka adalah ibadah. Sesungguhnya setiap amalan baik yang kita lakukan di atas muka bumi ini semata-mata untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah SWT itu adalah ibadah.


gambar hiasan


Misalnya soal tidur. Cuba kita periksa balik cara tidur kita tu, adakah kita tidur mengikut sunnah, atau meyerupai haiwan? Dan cuba kita periksa balik, adakah kita tidur kerana Allah atau untuk tidur sahaja (bukan kerana Allah)?. Point utama disini, seelok-eloknya atau lebih afdhal bagi kita sebagai umat Islam, mengikut sunnah baginda SAW supaya hidup kita ini benar-benar berkat dan sebagai tanda rasa sayang kita dan rindu kita kepada Nabi Muhammad SAW. Bukankah baginda pernah berpesan, supaya kita berpegang teguh dengan Al-Quran dan sunnahku (sunnah baginda) nescaya kita tidak akan sesat. Rasulullah tidak meninggalkan harta kekayaan dan barang duniawi, tetapi baginda meninngalkan kepada kita cahaya petujuk Ilahi yang akan memandu kita ke pintu syurga di alam sana nanti.


CARA TIDUR RASULULLAH

Dari Al Barra’ bin Azib ra berkata, “Apabila Rasulullah saw berada pada tempat tidurnya dan akan tidur maka beliau *miring ke sebelah kanan, kemudian membaca: “Allahumma aslamtu nafsii ilaika wawajjahtu wajhi ilaika wafawwadhtu amrii ilaika wa alja’tu zhahrii ilaika raghbatan warahbatan ilaika laa malja-a walaa manja-a minka illaa ilaika. Aamantu bikitaabikalladzii anzalta wanabiyyikal ladzii arsalta (Wahai Allah, saya menyerahkan diriku kepada-Mu, menghadapkan mukaku kepada-Mu, menyerahkan semua urusanku kepada-Mu, dan menyandarkan punggungku kepada-Mu dengan penuh harapan dan takut kepada-Mu, tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari siksaan-Mu kecuali hanya kepada-Mu. Saya beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dari nabi yang Engkau utus.” (HR. Bukhari)

*(miring=mengiring)


Akhir kalam, mulakanlah amalan harian kita dengan menyebut nama Allah , ucapan ‘Bismillah’ dan disudahi dengan ’Alhamdulillah’. Mudah-mudahan setiap detik waktu kita hidup di atas muka bumi Allah ini, dipenuhi dengan ibadah kepadanya kerna kita diciptakan adalah tidak lain tidak bukan, untuk beribadah kepada-Nya. Sesungguhnya setiap amalan kita bermula dengan niat. Jika niat kita kerana Allah, keredhaan-Nya akan kita dapat di dunia dan di akhirat dan jika niat kita itu kerana yang lain, cukup hal itu sahajalah untuk kamu perolehi di dunia. Wassalam

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...