Pages

Thursday, March 10, 2011

:: Kembara Insani ::

Bukan mudah tuk menjaga pancaindera,

Bukan mudah tuk menaga hati kecil ini,

Bukan mudah pula tuk menjaga nafsu yg meronta.

Bila tak terjaga mereka,

Haru biru warna dihati,

Cahaya yg terang tampak malap,

Titik hitam semakin bermaharajalela.

Warna pelangi kehidupan tiada lagi indah bersemi,

Bila ku melihat dgn penglihatan tanpa redha Allah,

Bila ku mendengar dgn pendengaran tanpa redha Allah,

Dan bila ku melangkah dengan langkah tanpa redha Allah,

Menjadi hidup umpama roda yang berpusing tanpa arah tujuan.

Ke mana lagi jika bukan kepada-Nya aku kembali?


Bila hati ternoda, jiwa tak tenang, jasad serba salah, fikiran pun menjadi buntu…

Maka lekaslah kembali kepada Yang Maha Esa,

Takkan tertutup pintu taubat hamba-Nya selagi nyawa masih berjasad,

Takkan lenyap kasih-sayang-Nya pada hamba-Nya, kerana Dialah Ar-Rahman, Ar-Rahim,


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah mahu kamu dustakan?

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...