"KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya.
Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.
Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas.
Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya.
“Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA di sini semalam."
Dah baca?? so apa pengajaran yang anda dapat artikel ini?
Sepertimana yang kita ketahui, laman web sosial fb kini telah lama popular dalam kalangan remaja. Dan banyak kesan-kesan negatif yang perlu kita titikberatkan supaya kita selamat daripada kes yang berlaku seperti di atas. So, nasihat ini khusus kepada kaum Hawa terutamanya, dunia sekarang semakin maju, begitu lah juga teknologi yang wujud pada masa kini hingga membolehkan sekelompok orang-orang yang berfikiran 'dajal' ini menyalahgunakan kemudahan dan kemajuan yang anda. So kita sebagai seorang manusia yang masih dianugerahkan Allah fikiran cerdas, cahaya iman di hati dan petunjuk-Nya, gunakanlah anugerah itu sebaiknya. Buatlah sesuatu keputusan dalam sesuatu hal itu dengan bijak iaitu melihat dari pelbagai sudut, positifnya, negatifnya, baiknya, buruknya, agar kita tidak menjadi mangsa diatas apa yang kita lakukan. Straight to the point, kalau nak post gambar kat fb tu agak-agak ler yep. Kalau ada yang memberi alasan supaya kawan-kawan kita kenal, banyak lagi alternatif lain yang boleh kita ambil. Misalnya melalui private social chatting (ni ayat reka sendiri =] ...); Yahoo Messenger. Maaf yang mana kurang atau yang terlebih dari saya.
Tambahan sedikit dari saya, apa-apa musibah yang datang kepada kita, jangan lantas kita mudah menuding jari menyalahi orang lain, sebaliknya renung balik, flashback balik kat mana salah kita. Kadang-kadang tu musibah yang melanda datangnya daripada kesilapan diri kita sendiri. Wallahu'alam.
Afwan!
No comments:
Post a Comment