Pages

Saturday, April 30, 2011

INGAT MATI

Orangnya yang bijak itu selalu banyak mengingati masa matinya dan bersiap diri. Tidak lekang dalam perjalan hidup sehari-hariannya daripada lupa akan mati. Tatkala jasad sudah jenazah terputuslah segala amalan anak cucu cicit Nabi Adam itu Melainkan 3 perkara. Apakah itu? Saya pasti semua sahabat-sahabat dapat menjawabnya. Tetapi cuba kita tanya kepada diri kita balik, sedalam manakah kita memahami 3 perkara ini.

Akan tetapi bukan itu mainpoint saya. Hanya sekadar bermuqadimah. Almaklumlah, agak sudah lama jari jemari ini tidak menari-nari di atas papan keyboard. Apa yang cuba ingin kongsikan, ceritakan dan peringatkan diri saya dan sahabat-sahabat yang saya muliakan adalah berapa lama atau banyak manakah kita mengingati mati. Sungguh ajal dan maut itu ditangan Allah. Ia datang tanpa khabar, pergi seperti angin meniup sepintas lalu. Ingatlah diantara 5 perkara manusia biasa lupa adalah 'Masa Hidupnya sebelum tiba Masa Matinya'.

Dalam surah Al-'Asr sendiri yang kita duk bace hari tyme sekolah dulu, Allah berfirman demi masa bahawa manusia itu dalam kerugian dan kelalaian kecuali orang-orang yang berpesan-pesan (beringat-ingat) akan kebenaran dan kesabaran. Saya pasti semua orang tahu siapakah orang yang rugi dan lalai. Iaitu orang-orang yang mengabaikan perintah Allah Taala, mengabaikan Sunnah junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW. Dan sesungguhnya orang-orang yang hatinya selalu dekat kepada Allah, taat kepada perintah Allah, merekalah orang yang selalu mengingati mati. Bagaimana mereka mengingati mati? tidak lain tidak bukan... dengan menggunakan akal fikiran anugerah Ilahi sebaik-baiknya dengan berfikir dan kesedaran diri bahawa dunia, Bumi ini hanyalah tempat persinggahan semata-mata. Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, yakni ilmunya yang haq dan berpesan-pesan dengan kesabaran dalam menghadapi musibah/dugaan dan segala kurniaan yang Allah kurniakan kepada kita.

Sebagai orang awam, apalah salahnya kiranya kita ambil seberapa waktu, sebarapa masa tiap-tiap hari sebelum tidur contohnya, kita berdoa kepada Allah, " Ya Allah andai malam ini adalah malam terakhir tidurku, maka Engkau ampunilah segala dosa-dosaku, ampunilah segala dosa-dosa kedua ibu bapaku, dan ampunilah segala dosa-dosa mereka-mereka yang menganiayaiku". Tu paling-paling kuranglah. Nak lagi mustajab, rajin-rajin berdoa selepas solat fardhu supaya dimatikan dalam husnul khatimah dalam minda dan jiwa yang ikhlas dan taqwa kepada Allah. Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sama-samalah kita perbaiki diri kearah yang lebih baik.

Apabila hati selalu mengingati mati, segala perbuatan maksiat dapat kita hindari, perintah Allah dapat kita jalani dengan bersungguh-sungguh, insyallah.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...