Pages

Wednesday, April 13, 2011

Pengaruh 'MATA' kepada diri kita



Sungguh mata adalah suatu anugerah yang Allah anugerahkan kepada kita untuk melihat. Namun, berapa ramai yang benar-benar bersyukur. Cuba sahabat-sahabat bayangkan, andai Allah tarik nikmat melihat kita ini agak-agak berapa ramai antara kita semua yg mampu mengharungi dugaan yang sedemikian rupa. Kita tidak akan dapat merasa seperti mana yang dirasai oleh mereka yang cacat penglihatannya. Tetapi disebabkan oleh Allah anugerahkan lagi kepada manusia satu lagi nikmat iaitu 'hati' dan 'perasaan' supaya kita dapat merasa apa yang orang lain rasa.

Sungguh pandangan orang beriman itu sentiasa terjaga. Bab kata ustaz Opick dari negara seberang; "Dalam susah hidup tabahnya kawan, Tiada takut isi dalam dada, Ringan tangan Pandangan selalu terjaga, Setiap kata adalah mutiara, Mereka yang tak dilalaikan oleh dunia, Hanya Allah satu tujuannya." Cube kita flashback balik apa lelaki dalam video diatas tadi cakap apabila dia terlihat hal yang haram baginya. ASTAGHFIRULLAHAL AZIM....hanya kepada Allah lah kita berserah memhon keampunan dan perlindungan.

"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji...", Al-Baqarah ayat 169.

Dalam surah an-Nur Allah memberi petunjuk kepada kita,

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya."

Kalu kita merenung kembali, sebenarnya penyakit hati itu datangnya dari mata, datangnya pandangan yang tak terjaga dan tak dipelihara. Sebab itu orang dulu-dulu cakap, dari mata turun ke hati. Bila difikir secara logik, andai kita melihat perkara yang haram yang sememanganya buruk sudah tentu ia akan menjadi racun dan bisa pada hati kita (dan sebaliknya). Jangan sampai kerana mata, kita dicampakkan ke neraka jahanam.

Tak dinafikan ada yang memberi pelbagai alasan, hakikatnya yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas. Ia anda boleh berbangga dengan alasan dan hujah yang anda berikan diatas muka bumi. Tetapi, cuba you just imagine bila dihadap ke Makamah Allah kelak, ataupun sebelumnya iaitu apabila disoal malaikat munkar dan nakir agak-agak kita boleh beri jawapan yang sama tak macam yang kita berikan sewaktu kita hidup diatas muka bumi?

"...Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya,
Syurga dan neraka kan kita terimanya,


Tangan berkata apa yang dilakunya,
Kaki berbicara kemana ia melangkah,


Mata bersuara apa pandangannya,
Telinga bercerita payah didengar..."


-Rabbani ft. Mawi ; SAKSI

[http://www.youtube.com/watch?v=d3Ft9XH8whU]


Katanya Imam Al-Ghazali, Hampir semua perasaan dan perilaku awalnya dipicu oleh pandangan mata. Bila mata dibiarkan memandang yang dibenci dan dilarang, maka pemiliknya berada di jurang bahaya. Meskipun ia tidak sungguh-sungguh jatuh kedalam jurang tersebut.

Hati adalah raja, sedangkan seluruh anggota tubuh adalah pasukannya. Jika rajanya baik, maka baik pula pasukannya. Sedangkan jika rajanya buruk, maka buruk pula pasukannya. Di mana kedudukan mata pula jika sampai dapat mempengaruhi hati? Ia umpama panglima di medan perang. Jika ia lemah, musnahlah pasukannya. Dan jika ia kuat maka kukuhlah pertahanannya. Dengan siapa kita berperang? Syaitan dan nafsu.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...