Ada orang mabuk sebab minum arak,
Ada juga orang mabuk kerana harta, pangkat, darjat kedudukan dan ijazah yang dia pegang. Mabuk lagu mane? mcm org minum arak ke? tidak...tapi mabuknya dalam istilah lain angkuh, ego, pandang rendah pada orang lain. Orang-orang yang mabuk lagu ni, memang wajar kita perbetulkan, kerana apa? kerana perkataan mabuk itu sendiri pada saya ertinya membawa kerosakan dan kesusahan kepada orang lain dan persekitarannya.
Macam mana nak diperbetulkan orang macam ni? adakah dengan mengaibkan dia di khalayak ramai, dalam internet? saya tidak rasa ianya akan membawa kesan positif terhadap mereka, atau dapat mengubah diri mereka. Kerana adalah lumrah manusia benci dan tidak suka pada tohmahan dan kejian yang dilontarkan terhadap mereka. 'Even' orang yang tahu melakukan kesalahan tidak suka dengar akan kata-kata kutukan terhadap mereka.
'So', kita rujuk semulah kepada Al-Quranul Karim - Back to the Quran - untuk menyelesaikan masalah ini dan membetulkan pemikiran dan hati mereka, menyembuhkan mereka dari mabuk dunia. Yakni, berpesan-pesan dengan kebenaran, dan kita bersabar dalam meyampaikan kebenaran. Mudah-mudahan setiap apa yang kita lakukan mendapat reda Allah swt. Walau sekecil mana amal kita, ia akan tetap termasuk dalam timbangan amal kita kelak.
Yang mana salah minta tolong diperbetulkan, hok mane terase ambe minta maaf deh~
Wassalam.
No comments:
Post a Comment