Pages

Monday, May 24, 2010

.:SOALAN JIBRIL KEPADA KERBAU, KELAWAR & CACING:.

Sumber : Metro Ahad, 23 Mei 2010

sudut PEDOMAN;

Pada suatu hari, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta nya bertanyakan satu soalan kpd haiwan berkenaan. Jibril segera mematuhi perintah itu. Pada waktu siang yg panas itu, si kerbau sdg berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya: "Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sbg seekor kerbau?".

Kerbau menjawab: "Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kpd Allah SWT yg menjadikan aku sbg seekor kerbau. Ini sgt berbeza jika aku dijadikan seekor kelawar yg mandi dgn air kencingnya sendiri."

Mendengar jawapan itu, Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yg pada ketika itu sdg tidur bergantungan di dlm sebuah gua. Kemudian Jibril bertanya: "Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sbg seekor kelawar?".

"Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kpd Allah SWT yg menjadikan aku seekor kelawar drpd menjadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil dan berjalan menggunakan perutnya," jawab si kelawar.


Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yg sdg merayap di atas tanah. Lalu Jibril bertanya kpd si cacing: "Wahai cacing yg kecil. Apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT?".

Si cacing menjawab: "Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kpd Allah yg telah menjadikan aku seekor cacing drpd menjadikanku seorang manusia.

"Apabila mrk tidak memiliki iman yg sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".

Renung2kanlah...tidakkah kita sedar bahawa kita telah diciptakan oleh Allah SWT sbg seorang manusia dan dianugerahi pangkat sbg seorang khalifah dimuka bumi. Banyakkanlah amalanmu di dunia, sbg bekalan diakhirat kelak. Jika baik amalan kita, beruntunglah kita. Jika buruk amalan kita, celakalah kita didalam azab yg pedih...Naudzubillah

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...