Pages

Thursday, September 9, 2010

Mercun Dan Rokok...

Tengah duk rilek2 sambil menghadamkan mknn slps berbuke puasa...terdengarlah bunyi mercun x renti2 smpi nk msuk waktu Isyak. Inilah fenomena yg biasa terjadi kat kampung bile dah nak dekat raye. Patut r ad ustaz citer aritu, ni r dye sebenarnya rupa hantu raya. Org tgh2 duk siap2 nak p tunaikan solat isyak & terawih berjemaah kat masjid, depa x abis beraya sakan padahal bulan puasa pon x abis lagi. Kadang2 tu terpikir gak, 'puasa suam-suam basah je, beraya macam...aish x tau r nak ckp...dah mcm bukan org.

Ble citer bab mercun nih...teringat plak kat satu batang ni yg bese org duk cucuh api jugak pastu taruk kat mulut. Kalau dilihat balik ap bezanya mercun ngn rokok ni yep?? kalu nak kate beza tu... dari segi cara penggunaannya dan penggunanya je lah. Watak yg bese bermain mercun ni besenya budak2 atau kanak. Rokok pulak, org yg lebih dewasa atau remaja2 kita skrg nih. Kalu persamaan tu mmg banyak r. Contohnya, membazirkan wang ringgit, membahayakan nyawa dan diri sendiri, boleh menyebabkan kematian, dan macam2 lagi.

Daripada duk bazir duit tu, baiklah buat amal jariah, bersedekah k, nak2 di bulan Ramadan yg mulia dan penuh barakahnya lglah elok kalu kita belanja anak yatim atau fakir miskin berbuka puasa/sahur. Paling tidakpun belanja sahabat2 kita yg seagama dgn kita berbuka puasa bersama. Ingat, antara amalan yg mengiringi kita nanti adalah sedekah jariah.

Tambahan lagi, bukankah perkara2 yg merbahaya atau yg boleh menyebabkan kematian yg sia2 itu wajib kita jauhi. Ini adalah kerana didalam agama Islam, agama kita sgt2 menitik beratkan nyawa setiap para muslimin. Sesungguhnya petunjuk Allah itu jelas, namun berapa ramaikah yg mengambil pengajaran darinya. Beruntunglah org2 yg melihat(yg mengambil iktibar). Ayat ini sudah terang lagi bersuluh dan jelas tercatat dlm Al-Quran Al-Karim. oleh itu, berfikirlah wahai org yg berfikir, gunakanlah segala nikmat Allah sebaik2nya untuk memperolehi redho Ilahi. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...