Pages

Wednesday, October 6, 2010

::Si Tempang yang Jahil menjadi Ahli Syurga::

Kisah ini berlaku dizaman Rasululullah s.a.w. , dan bermula sewaktu Islam masih belum bertapak sepenuhnya di Madinah.

Diwaktu itu jahiliyah masih lagi berleluasa di Madinah. Adalh sifulan ini bernama Amru yg tempang kakinya memiliki sebuah berhala yg diperbuat dari kayu. Ukirannya sgt cantik, dan beliau amat menyayaninya. Sehinggakan setiap kali dilanda masalah, berhala inilah yg ditemuinya, dan berhala inilah yg menjadi teman setianya dlm segala hal. Begitulah jahilnya sifulan yg tempang ini.

Pada suatu hari, Rasulullah telah menghantar seorang sahabat ke Madinah untuk berdakwah dan menyebarkan agama yg benar, yakni agama Islam. Ketiga-tiga anak beliau serta isterinya telahpun memeluk Islam, Alhamdulillah.

Berlakulah suatu diskusi antara ketiga-tiga anaknya mencari jalan bagaimana hendak menarik bapanya untuk kembali ke landasan yg benar, jalan yg diredhai oleh Allah s.w.t.. Setelah itu mereka menemui bapanya bertanyakan apakah pendapatnya berkenaan agama baru ini. Si anak mendengarkan kpd bapanya beberapa Ayat2 Al-Quran. Lalu ayahnya mengambil keputusan untuk berbincang dgn berhalanya terlebih dahulu. Berhalanya itu diberi nama Manaf. Secara akal yg warasnya, apakah berhala atau patung yg tidak bernyawa itu mampu berkata2 dan membuahkan fikiran? begitulah jahilnya sifulan ini akibat terlalu taksub dek pegangan nenek moyangnya.

Berkumpulah ketiga-tiga anak Amru ini memikirkan jln bagaimana hendak menyedarkan bapa mereka. Lalu mereka sepakat untuk melarikan berhala tersebut pada waktu malam dan meletakkannya di lubang najis. Keesokan paginya, bapa mereka berteriak marah sewaktu menyedari berhalanya, si Manaf hilang. Habis segala sumpah seranah terkeluar dari lidahnya. Setelah menjumpai si Manaf itu dilubang tandas, lantas dia membersihkannya dgn bersungguh2. Bak kate org bagai nak rak. Habis minyak wangi yg mahal2 dihabisinya untuk si Manaf itu.
Mereka masih tidak berputus asa, dan megulangi hal yg sama sehinggakan bapanya naik berang terhadap si Manaf yg sering dipuja2nya itu. Kerana tidak mampu menjaga diri dan meyusahkan dia.

Akhirnya, dipendekkan cerita, dengan hidayah Allah itu hatinya terbuka untuk menerima nur Islam. Sebelum perang Badr berlaku, beliau terlebih dahulu menemui Rasulullah berhajat utk menyertai angkatan perang Muslimin. Tetapi hajatnya itu tidak kesampaian kerana kakinya yg tempang dan usianya yg telah lanjut. Tidak lama selepas itu, perang Uhud pula, utk kali keduanya dia memasang hajat utk turut serta dalam angkatan tentera memerangi musuh2 Islam. Meskipun ditegah oleh anak2nya, dia tetap berkeras dgn niatnya itu. Begitulah semangatnya seorang Muslim tatkala iman benar2 bertapak dihati. Diluarnya sahaja nampak lemah, namun dihatinya seperti org muda. Seperti mana yg dinukilkan oleh seorang ulama' yg tersohor (Imam Al-Ghazali jika aku tidak silap), "Seorang pemuda itu tidak terletak pada tubuhnya semata, tetapi pada hatinya yg kental dan teguh dan berjiwa muda meskipun usianya telah lanjut".

Niatnya itu telahpun diperkenankan oleh Rasulullah kerana Amru ini ingin bertemu dgn Allah azza wa jalla di syurga. Maka tahulah Rasulullah s.a.w. bahawa Amru mahu syahid di medan perang. Sebelum Amru turut serta berperang, beliau telahpun berdoa, memohon supaya dia tidak akan kembali lagi ke sisi keluarganya. Sewaktu perang meletus, syahid lah beliau disebabkan lehernya
dikelar oleh senjata musuh.

Sewaktu Zaman pemerintahan Muawiyyah, ketika mana berlaku banjir besar timbullah sebahagian besar jenazah2 pejuang Islam diatas muka bumi. Dan antara mayat tersebut ialah mayat Amru yg tempang kakinya. Diriwayatkan, jasadnya masih elok, dan sendi2nya masih dapat digerakkan seperti org yg masih hidup. Masya-Allah, sungguh jenazah org2 mati syahid ini dipelihara jasadnya.

#mudah-mudahan sedikit bingkisan cerita ini dapat memberi peringatan dan keinsafan kpd kita semua

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...