Pages

Saturday, November 20, 2010

Jalan Bidadari Syurga & Jalan Bidadari Dunia

Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang di dalam syurga. Kerna itu, dalam bingkisan nota saya pada hari ini adalah untuk membawa fikiran saudara dan saudari terutamanya, merenung dan membuat refleksi diri kita pada hari ini sebelum tibanya hari dimana tiada lagi jual-beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat sepertimana yg tertulis dalam Al-Quranul Hakim surah A-Baqarah ayat 254.

Sebelum itu saya ingin jelaskan tajuk diatas. Adapun jalan bidadari syurga itu, jalan wanita-wanita yg patuh kepada perintah Allah SWT diatas muka bumi dan taat kepada suaminya. Dan jalan bidadari dunia, jalan wanita-wanita yg menjadi hamba kepada nafsunya sujud kepada duniawi dan isteri-isteri yg nusyuz.

Surah Al-A’raf 7:179

Maksudnya:

“Dan sungguh, Kami akan isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat2 Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yg lengah.”

4 Wanita penghuni SURGA
1. Wanita yang selalu menjalankan perintah Allah dan wanita yang selalu mentaati segala perintah suaminya,
2. Wanita yang selalu menutupu aib suaminya dan menjaga kehormatannya apabila suaminya bepergian.
3. Wanita yang Amanah, qona'ah dan yang sabar menghadapi suaminya.
4. Wanita yang tidak pernah menyakiti hati suaminya.

Rasulullah SAW telah bersabda sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan di shahihkan oleh Al-Albani:

“Bila seorang wanita telah mengerjakan shalat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadhan dan memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka kelak dikatakan kepadanya: “masuklah dari pintu surga mana saja yang engkau inginkan.”



Dan…

4 Wanita penghuni NERAKA
1. Wanita yang selalu menyakiti hati suaminya dan tidak bisa menjaga auratnya.
2. Wanita yang tidak bisa menjaga kehormatannya apabila suaminya bepergian.
3. Wanita yang selalu menentang perintah suaminya.
4. Wanita yang kerjaannya selalu makan,tidur dan bermalas-malasan saja.

Sayyidina Ali karomah Allahu wajha berkata : Pada suatu hari ia dan isterinya (Siti Fatimah) bertamu ke rumah baginda Rasulullah SAW, dan pada saat itu beliau nampak menangis hingga tersedu-sedu, lalu sayyidina Ali bertanya, ya Rasul, ada apa gerangan hingga engkau menangis sedemikian sedihnya, lalu Rosul berkata.... ya sayyidina Ali, pada saat aku di isra'kan kelangit, aku melihat banyak para wanita dari umatku disiksa dengan berbagai macam siksaan. Pertama aku melihat seorang wanita yang digantung dengan rambutnya, lalu disiram dengan timah panas. Itu disebabkan kerna wanita itu tidak bisa menjaga auratnya.

Di dalam kisah gerhana matahari yang Rasulullah SAW dan para shahabatnya melakukan shalat gerhana padanya dengan shalat yang panjang , baginda SAW melihat Surga dan neraka.

Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para shahabatnya radliyallahu ‘anhum : “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam?” Beliau Shalallahu ‘alaihi wassalam menjawab : “Karena kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) niscaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu ‘anhuma)

Jadilah seperti isteri Firaun, Asiah…

Dalam surah At-Tahrim ayat 10-11, Allah SWT berfirman;

Allah membuat isteri Nabi Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba hamba Kami, lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya. maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikitpun dari ( siksa ) Allah dan dikatakan kepadanya " Masuklah ke neraka bersama orang orang yang masuk ( neraka ) ".(10)
Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang orang yang beriman, ketika ia berkata , " Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbutannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim
.(11)

Ya akhi, saudara-saudaraku…ketahuilah perempuan itu bersifat dengan tulang yg bengkok. Jika kau berkeras meluruskannya dengan cara yg kasar maka patahlah ia. Pilhlah jalan yg baik dan cara yg halus berlemah lembut. Pimpinlah kaum wanita ini dengan berhikmah berpandukan Al-Quran dan Hadis. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’, ayat 34 yang bermaksud : "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihar diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan".

Persoalan Wanita berakal 1 dan bernafsu 9

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda:

“Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu."

Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda:

“Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”.

Dalam hadis diatas jelas kenapa perempuan dikatakan/diumpamakan 1 akalnya dan 9 nafsunya. 9 nafsunya kerna ramai daripada mereka mengutuk dan mengingkari suaminya dan sebab itu mereka dicampakkan ke neraka. Adapu 1 akalnya kerna penyaksian 2 orang wanita itu sama dengan penyaksian seorang lelaki.(Wallahua’lam)

Akhir kata; Buat kaum Adam, hormatilah mereka ini. Kitalah yang mencorak mereka, bimbinglah mereka agar kita dan dia selamat dunia akhirat. Insyallah... amin...


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...