WASIAT SEBELUM DIRIMU BERGELAR ULAMA
author: Ustaz Mohd Solleh Abdul Razak
Buku ini menggarap peranan ulama dalam mengembalikan kegemilangan untuk menegakkan agama Allah SWT di atas muka bumi ini seperti peranan yang pernah dimainkan oleh golongan ulama pada era kegemilangan Islam. Ulama silam memiliki keilmuan akhirat yang mantap yang “diwarisi” turun temurun dan pada masa yang sama memiliki kejaguhan dalam menguasai ilmu keduniaan yang bermanfaat untuk mentadbir muka bumi ini. Hari ini para ulama harus keluar daripada kepompong pemikiran dan kelompok mereka untuk bergelanggang di tengah masyarakat secara global dan universal. Mereka harus dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa. Mereka harus berfikir di luar kotak pemikiran semasa mereka. Ulama juga perlu memperkasa pegangan umat terhadap akidah dan nilai-nilai budaya Islam. Mereka hendaklah bersikap proaktif untuk mengukuhkan budaya murni dalam lapangan politik, ekonomi, teknologi, informasi dan lain-lain demi menegakkan keadilan dan menyemai kesejahteraan hidup di dalam dan luar negara.
::boleh didapati di MPH, Popular Bookstore dan kedai-kedai buku berhampiran kediaman anda, atau secara online di www.stormreaders.net.
::boleh didapati di MPH, Popular Bookstore dan kedai-kedai buku berhampiran kediaman anda, atau secara online di www.stormreaders.net.
{"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)}
No comments:
Post a Comment