Hayatilah tintanya....
Jangan...
mengucapkan kata-kata indah dan manis kepadaku,
kerana aku takut akan menyayangimu..
Jangan…
mengambil berat tentang diriku,
kerana aku bimbang akan mengasihimu..
Jangan…
terlalu baik padaku,
kerana aku takut akan merinduimu..
Jangan…
memberikan aku kenangan dan harapan,
kerana aku khuatir akan jatuh cinta padamu..
Jangan…
menghargai pertemuan ini,
kerana aku tidak mahu menderita kehilanganmu lantaran perpisahan ini..
Cukuplah pengalaman itu mengajar diriku~
True love is only after Nikah (^^)
Syukur padaMu Tuhan :)
13/1/2011 (written by Aisyah Assafra’ in her notes [fb]. )
Ketahuilah, “Kerna kecantikan seorang wanita, ramai pendeta dan satria agung tewas dalam pertapaannya” ….dan ketahuilah, “Kerna keegoaan seorang lelaki, ramai wanita luntur harga dirinya dalam memelihara cintanya”.
Kata orang cinta itu buta, namun cinta yang terpancar dari seorang wanita bagai cahaya. Setianya pada cinta tak berkesudahan. Ingin setia hingga ke akhirnya. Tapi bila cinta itu dipermainkan bagai kemarau tiada hentinya.
Oh wanita, jangan kerna kebaikannya kau terus jatuh hati…jangan kerna perkataannya kau terus termimpi-mimpi, dan jangan…bermurah hati membalas senyuman pabila dipandang olehnya.
Senyuman wanita itu terkadang menjadi penawar segala bias, terkadang menjadi panah beracun yang paling ampuh.
like.
ReplyDelete:)
indahnya kata-katamu....
ReplyDeletesaya hanya menambah apa yang perlu supaya kita sama-sama mendapat kesedaran dan keinsafan-inshallah
ReplyDelete=D