Pages

Saturday, January 1, 2011

Hari Lahir kita adalah Hari Ibu...

Assalamualaikum kawan-kawan. Semoga semua dalam keadaan yang baik-baik selalu. Oh ya, selamat tahun baru juga. =D

Ada apa dengan sambutan hari lahir?

Dalam soal menyambut hari lahir, saya mempunyai persepsi dan pandangan yang berbeza. Beberapa hari yang lalu dalam disember 2010, saya mengikuti saudara-mara pergi makan kat luar sempena menyambut hari lahir pakcik saudara saya. Bagi saya ia adalah satu aktiviti kekeluargaan yang amat molek kerana aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak dalam sebuah institusi sesebuah kekeluargaan. Seketika itu saya terfikir, fenomena sambutan hari lahir ini memang tak dapat diceraikan dalam kehidupan kita. Misalnya di facebook, dalam column sebelah kanan kita mesti ada senarai hari lahir sahabat-sahabat kita yang diupdate setiap hari, kemudian banyaklah kad ucapan elektronik ‘Selamat Hari Lahir’ , flash, pic. dan macam-macam lagi yang diorang terima. Bukan setakat kat fb, sampai kat dalam phone pun banyak kiriman SMS dari teman-teman rapat kita.

Namun begitu, pada tanggal tarikh kita dilahirkan agak-agak kita ingat tak siapa yang melahirkan kita ke dunia ini? Siapa yang membesarkan kita? Siapa yang berkorban masa dan tenaga supaya kita mengecapi kebahagian dan kejayaan hingga ke hari ini.?

Pada saya, sambutan hari lahir kita itu sebenarnya adalah ‘Hari Ibu’ buat ibu yang menlahirkan kita. Jadi saya melihat seharusnya kita mengubah sedikit persepsi kita dan membuka hati dan minda kita ke jalan yang terang.

Maksud yang ingin saya sampaikan, saya melihat adalah lebih baik seandainya jika kita tukar balik situasi ini, jika dahulu sewaktu kecil ibu yang mengucapkan selamat hari lahir kepada kita dan menghadiahkan hadiah kepada kita, apa kata sekarang kita pulak yang mengucapkan ‘Terima kasih ibu kerana melahirkan dan membesarkan kami’ dan membuat kejutan buat beliau. Sejuk perut ibu yang melahirkan kita apabila menghargai dan kita mengingati kepada pengorbanannya sewaktu mengandungkan kita hinggalah saat kita di lahirkan ke dunia ini. Bayangkan betapa gembiranya hati ibu bila beliau teringat kembali waktu-waktu manis semasa kita masih dalam dukungannya, semasa beliau meyuapkan kita makan, memandikan kita, mendodoikan kita…..hanya Allah sajalah yang tahu apa yang tersirat dan terukir dalam sanubari qalbu ibu kita.

Bila dilihat kembali fenomena sambutan hari lahir dalam kalangan remaja kita hari ini, saya merasa sedih. Rata-rata ramai di antara mereka, (penduduk kota mahupun di desa) ramai di antara mereka keluar bersama-sama kawan-kawan dan berhibur di luar hingga lewat malam. Tambahan lagi, ada juga yang membuat ‘parti haram’, yakni menghiburkan diri hingga mabuk ke diri, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan lain-lain lagi. Kalau yang ber’couple’ pula? Agak-agak dah macam pasangan suami isteri agaknya(maaf jika ayat ni kedengaran kasar/keras). Mudah-mudahan kita dijauhi daripada segala hal-hal yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Di kesempatan waktu ini, jom tonton video di bawah ini. Mudah-mudahan ada iktibar dan hikmah buat kita.


Perkembangan Bayi Dlm Rahim Ibu




Subhanallah,sesungguhnya Allah SWT tidak mencipatkan rahim seorang perempuan itu sia-sia, melainkan ia adalah tempat yang paling kukuh untuk menanggung dan membesarkan zuriat penyambung keturunan dalam sebuah keluarga.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur". (QS. An-Nahl, 16:78)

Kita tidak akan dapat merasakan pengorbanan seorang ibu/bapa hinggalah kita menjadi sorang ibu/ayah. Dari segi pemikiran, kita dapat menggambarkan bahawa begitu besarnya pengorbanan ibu dan bapa dalam membesarkan kita. Tetapi pengalaman yang mereka alami adalah lebih besar dan begitu menakjubkan dan sangat istimewa, sesungguhnya ia adalah anugerah Ilahi. Hanya kepada-Nya lah kita sujud dan syukur di atas segala nikmat dan pemberian-Nya kepada kita.

Sekiranya kita masih punyai ibu dalam menjalani hidup ini, hargailah ibu, jage hati ibu dan hadiahkanlah keperibadian yang baik untuk ibu, agar ibu puas dengan apa yang ibu korbankan, agar ibu bangga kerana punyai anak soleh/solehah yang akan mendoakan ibu di akhirat kelak...


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...