Pages

Sunday, January 30, 2011

Kita Lebih Suka Memikirkan "ALASAN" Berbanding Penyelesaiaan ~

Benarkah kita lebih suka memikirkan alasan berbanding solusi, jalan penyelesaian? Bersama kita membuat refleksi diri dan melatih minda.

Sebagai contoh, suatu hari sahabat kita mengajak kita solat berjemaah di masjid/surau (or at least dalam bilik). Dan kebetulan pada hari itu kita ada exam. Banyak lagi chapter tak cover ni. So rasa-rasa korang lah, agak-agak apa jawapan yang akan kita berikan?

Sesungguhnya Allah SWT mengurniakan satu nikmat yang cukup besar buat kita yang tidak ada pada haiwan dan tumbuhan. Apakah itu? Akal fikiran dan kebebasan membuat pilihan.

Ramai di antara kita termasuk diri saya, apabila berada dalam situasi di atas (atau yang sewaktu dengannya) pasti kita lebih memikirkan alasan untuk menolak ajakan sahabat kita itu tadi. Sedangkan kita tahu, bahawa perkara atau amalan tersebut adalah sesuatu yang baik malah disukai oleh baginda Muhammad SAW. Bukan itu sahaja, orang yang menunaikan kewajipan itu yakni mendirikan solat itu termasuk dalam kalangan orang Berjaya. Tak percaya, apabila azan berkumandang ada dengar tak seruan ‘hayya ‘alassolah’ dan diiringi dengan seruan ‘hayya ‘alal falah’? apa maksudnya? Ya, maksudnya, "Marilah mengerjakan sembahyang, dan Marilah menuju kejayaan". Namun, berapa ramaikah yang benar-benar sedar dan Berjaya menyahut seruan agung tersebut. Disinilah perlu bagi kita membuat muhasabah diri dan memperbetulkan diri dari hanyut mengejar dunia.

Sesungguhnya dengan solat dan ingat kepada Allah, hati kan menjadi tenang. Tapi macam mana pula dengan hati yang tak tenang? Kerna matanya selalu melihat perkara maksiat dan pastinya yang haram. Dari mata turun ke hati, apabila dilihatnya hal yang haram, jatuh ke dalam hati, bagaimana iman bisa teguh berpasak pada hati kita.

Berbalik kepada topic utama kita. Kenapa kita suka memikirkan alasan sedangkan banyak lagi alternative atau jalan penyelesaian yang dapat kita fikirkan? Kerana sifat ‘malas’ dalam diri yang sudah menebal. Tidak akan membangun sesebuah bangsa itu jika semua umatnya malas untuk berfikir.

Contoh yang sama, solat berjemaah di masjid. Katakanlah masjid jauh, kita boleh pergi surau yang berdekatan untuk pergi solat berjemaah. Cuma lebih afdhalnya solat berjemaah di masjid kerana ganjarannya lebih tinggi. Setiap langkah kita pergi dan balik ke masjid untuk menyahut seruan azan, malaikat rahmat akan mendoakan kebaikan kita. Cuba bayangakan, setiap langkah kita ke masjid kita akan diberikan 10 ringgit, dan langkah kaki kita untuk sampai ke masjid itu anggaran dalam 100 langkah, berapa ganjaran yang akan kita dapat?(sekadar contoh). Ganjarannya kita tidak nampak didunia, tetapi kita akan nampak buahnya di akhirat sana… Subhanaallah. Paling tidakpun, ajak member-member sebilik solat berjemaah sama dalam bilik kalau dah terdesak sangat.

Wallahua’alam

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...