Pages

Thursday, January 6, 2011

" USTAZ Search Engine"


Baru sebentar tadi saya membaca artikel yang amat menyentuh hati dan membuka minda saya. Artikel ni bertajuk ' Islam Pak Kodok ' (click) dari laman web iluvislam.com . Apa yang nak saya kongsikan di sini adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan dimuatkan dalam artikel tersebut.

Sabda Rasulullah SAW: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek fahaman agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat".

Astaghfirullah...Allahummafirli...sesaat membaca hadis ini saya rasa begitu terkutuk.

Ketahuilah, makna "maka hapuskanlah mereka itu" bukan bererti membunuh atau memancung kepala mereka.

Tetapi mencegah golongan ini daripada berleluasa. Bagaimana? ya dengan menasihati mereka, dan mengingatkan kekhilafan yang telah mereka lakukan (dengan hikmah), agar mereka menginsafi keterlanjuran mereka.

Dan, saya merasakan seolah-olah berada dalam kalangan orang-orang muda yang disebutkan dalam hadis tersebut. Mudah-mudahan saya dapat berubah menjadi lebih baik, justeru memperbaiki iman dan ibadah(amalan) saya dalam mengharungi onak dan duri kehidupan ini.

Untuk menyampaikan da'wah bukanlah suatu hal yang mudah, kerna itu kita memelukan seorang guru untuk memimpin, membetulkan kita. Seorang anak memerlukan seorang ayah, seorang murid memerlukan seorang guru, dan seorang daie memerlukan seorang mad'u.


"Adakah mereka ini orang yang mahir atau memahami agama? Tidak dinafikan ada golongan yang tahu dan mengetahui tetapi golongan yang tidak mengetahui itu lebih ramai. Ramai yang menjadi 'Ustaz Google' dan 'Ustaz Search Engine' untuk mendapatkan nas dan dalil dari blog dan website sebagai bahan aktiviti perang mulut yang tidak berfaedah."
(petikan dari artikel iluvislam.com/oleh Haniff Abdul Hamid)






No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...