Kawan-kawan...apa yg istimewanya dalam bulan Muharram ni? Sesungguhnya terdapat dua tarikh dalam bulan ini yang begitu bererti buat umat Islam yakni 1 dan 10 Muharram. Seperti mana yang telah kita pelajari di sekolah, 1 Muharram merupakan hari pertama bermulanya hijrah junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah Al-Munawwarah sekarang). Dan dalam tanggal 1 Muharram inilah bermulanya kalendar Hijrah buat umat Islam dan bulan pertama dalam kalendar Hijrah. (diguna pakai bermula semasa pemerintaha Khalifah Umar Al-Khattab)
Bagaimana dengan tanggal 10 Muharram pula? Banyak peristiwa-peristiwa penting yg dapat kita lihat dan baca dalam mana-mana buku yg menceritakan keistimewaan-keistimewaan yg berlaku dalam bulan Muharram ini. Misalnya;
Bagaimana dengan tanggal 10 Muharram pula? Banyak peristiwa-peristiwa penting yg dapat kita lihat dan baca dalam mana-mana buku yg menceritakan keistimewaan-keistimewaan yg berlaku dalam bulan Muharram ini. Misalnya;
- Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah SWT daripada hangus dibakar pembakaran Raja Namrud,
- Nabi Ayyub sembuh daripada derita penyakitnya,
- Nabi Yusuf dikeluarkan daripada penjara,
- Nabu Isa diangkat ke langit, dan lain-lain lagi.
Apakah amalan-amalan sunat yg dapat kita amalkan dalam bulan ini?
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
No comments:
Post a Comment