"Solat Berjemaah Melebihi Solat Bersendirian dengan 27 Darjat (atau 27 kali ganda)."
-Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim-
Sesungguhnya solat berjemaah itu merupakan kayu ukur kekuatan umat Islam.
Bak kata pepatah Melayu; "Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh"
Berkata seorang panglima Yahudi:
Allahua'alam
-Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim-
Subhanallah...Ya kawan-kawan semua, betapa besarnya ganjaran yg Allah berikan kepada orang-orang beriman yg mengerjakan solat berjemaah siang dan malam. Sesungguhnya, orang yg solat berjemaah itu bukan sahaja dukurniakan 27 darjat, bahkan dikurniakan fadhilat2 dan keuntungan yg berganda, misalnya perjalanan kita pergi dan balik ke masjid, niat mengerjakan solat berjemaah, beri'itikaf di masjid dan lain-lain lagi. Semua itu telah dikhabarkan oleh junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Betapa sayangnya Rasulullah kepada kita dan begitu hebatnya baginda dalam mentarbiyah para sahabat sehinggakan setiap kali berkumandangya laungan azan menandakan masuknya waktu solat, mereka segera meninggalakan urusan mereka dan terus hadir ke masjid untuk menjalani solat fardhu berjemaah.
Dalam suatu hadis, diriwayatkan bahawa baginda bersabda bahawa seandainya Allah SWT membuka hijab yakni menampakkan besarnya pahala dalam saf pertama, nescaya mereka akan berebut-rebut ke masjid meskipun terpaksa merangkak. Selain itu, Allah mengurniakan ganjaran kepada setiap kaki-kaki yg melangkah ke masjid (dengan niat) dan didoakan malaikat. Subhanallah...betapa besarnya ganjaran yg Allah berikan kepada hamba-hamba-Nya yg taat. Antara orang-orang beriman yg mendapat lindungan Arasy Allah di padang mahsyar nanti, adalah orang-orang yg hatinya sentiasa dekat dengan masjid.

"Ya Allah, ringankanlah jasad ini untuk melangkah ke rumah-Mu dan mengerjakan solat berjemaah."
Kadang-kadang terasa hairan, kenapa rumah yg begitu dekat dengan masjid, tetapi penghuninya begitu malas sekali hendak ke masjid. Tidakkah mereka tertarik dengan " iklan-iklan " ganjaran ukhrawi yg Allah sediakan buat hamba-hamba-Nya yg disampakain melalui Rasulullah SAW?
Sesungguhnya solat itu adalah satu anugerah yg istimewa, bahkan merupakan amalan yg pertama yg akan dihisab nanti. Begitupun, rata-rata orang Islam pada hari ini terlalu leka dan sibuk mengejar kecermelangan dan kekayaan dunia. Institusi masjid ini bukan sahaja dapat menghimpunkan orang-orang Islam untuk solat berjemaah, bahkan dapat menguatkan tali silaturahim dan memantapkan lagi ibadah kita, bukankah setiap umat Islam itu bersaudara?
Sesungguhnya solat itu adalah satu anugerah yg istimewa, bahkan merupakan amalan yg pertama yg akan dihisab nanti. Begitupun, rata-rata orang Islam pada hari ini terlalu leka dan sibuk mengejar kecermelangan dan kekayaan dunia. Institusi masjid ini bukan sahaja dapat menghimpunkan orang-orang Islam untuk solat berjemaah, bahkan dapat menguatkan tali silaturahim dan memantapkan lagi ibadah kita, bukankah setiap umat Islam itu bersaudara?
Sesungguhnya solat berjemaah itu merupakan kayu ukur kekuatan umat Islam.
Rasulullah s.a.w. amat menitik beratkan solat jemaah. Perkara pertama yang Baginda dirikan semasa hijrah ke Madinah adalah mendirikan masjid, tempat manusia berkumpul, bermasyarakat dan mendirikan solat berjemaah. Persoalannya, mengapakah solat berjemaah itu diberi perhatian berat oleh Rasulullah s.a.w.? Solat jemaah berkaitan dengan sistem mengatur hidup bermasyarakat. Tidak ramai di kalangan kita yang menyedari kepentingan solat jemaah dari aspek pembangunan umat. Kelebihan solat jemaah sudah cukup untuk menjadi tanda (clue) tentang kepentingan solat berjemaah. Bertitik tolak dari sini maka kita mengenali bahawa sebenarnya solat jemaah adalah kunci membina kekuatan dan tamadun umat.
Bak kata pepatah Melayu; "Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh"
Berkata seorang panglima Yahudi:
"Tidak akan datangnya kiamat sehingga umat Islam bangkit solat berjemaah di masjid pada waktu Subuh spertimana mereka hadir menunaikan solat Jumaat"
Allahua'alam
No comments:
Post a Comment