Al-Quran; Kitab Yang Mengandungi Hikmah
“Alif Laam Raa. Itu adalah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh”.
(Surah Yunus: 1)
“Yaa Sin. Demi Al-Quran yang mengandung hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh”.
(Surah Yasin: 1-2)
Al-Quran bukanlah suatu kitab yang biasa tetapi penuh dengan hikmat-hikmat dan kebenaran yang nyata. Tiada syak dan hal yang meragukan pada ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. Bahkan tidak ada satu ayat pun di dalamnya datang daripada pemikiran makhluk atau kemahuan makhluk, kerana ia datang dari Yang Khalik, Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya Al-Quran ini kitab yang terpelihara daripada dicemari oleh tangan-tangan kerdil manusia (atau makhluk-makhluk yang lainnya).
Surah Yunus : 15; Maksudnya:
“Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata berkatalah orang-orang yang tidak ingat bahawa mereka akan menemui Kami (untuk menerima balasan): “Bawalah Al-Quran yang lain daripada ini ataupun tukarkanlah dia.” Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarnya dengan kemahuanku sendiri; aku hanya tetap menuntut apa yang diwahyukan kepada aku sahaja. …”
Surah Yunus : 108; Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) daripada Tuhan kamu! Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya) maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri …”
Kitab Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ini tidak seperti kitab lain-lain yang turun sebelumnya (Kitab Taurat, Injil dan Zabur). Kerana Al-Quran adalah tamsil bagi kitab Taurat dan Injil yang turun dari langit. Kitab Taurat dan Injil ini tidak begitu lengkap isi kandungannya dan hanya sesuai dan khas kepada umat manusia yang hidup pada zaman dimana diturunkan kitab-kitab tersebut ke atas Nabi-nabi yang dipilih oleh Allah SWT. Ia tidak sama sekali serupa dengan kitab Al-Quran yang relevan sepanjang zaman dan petunjuk jalan di sepanjang waktu (hingga ke akhir zaman). Namun di zaman meodenisasi ini, telah lahirnya masayarakat-masyarakat jahiliyah yang menganggap dirinya maju atau up to date dan menolak isi-isi/ayat-ayat yang terkandung didalam Al-Quran dengan beraniny
a melabelkan Al-Quran ini sebagai ‘kitab kuno’ dan tidak sesuai diguna pakai pada zaman kotemporari. Sesungguhnya mereka inilah sebenarnya yang ‘kuno’ kerana tidak mengaji dan belajar untuk mengenal Al-Quran. Nauzubillah…mudah-mudahan Allah membukakan pintu-pintu hati mereka ini.
Seandainya benar Al-Quran ini kitab yang ketinggalan zaman, kenapa ramai saintis-saintis barat yang pakar dalam bidang-bidang tertentu memeluk Islam setelah membuat kajian masing-masing dan mendapati dan merasakan bahawa segala isi yang terkandung di dalam kitab Al-Quran ini benar belaka. Hal ini kerana ia mempunyai relation dengan kajian yang mereka lakukan yang mana terdapat begitu banyak kenyataan-kenyataan yang dapat dibuktikan secara saintifik dan dengan menggunakan teknologi yang hanya wujud pada masa kini. Masakan tidak, bukankah Al-Quran ini telah turun sejak 14 abad yang lalu? Bagaimana mungkin teknologi berabad lampau dapat menjelaskan hal –hal yang hanya mampu dibuktikan oleh teknologi pada masa kini. Misalnya kejadian manusia, peredaran bumi, matahari, bulan dan galaksi dan lain-lainnya. Terbuktilah bahawa kitab Al-Quran ini bukanlah kitab yang diada-adakan oleh manusia melainkan datangnya daripada Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa.
Tambahan pula, apa yang ada di dalam Al-Quran semuanya menyentuh hati dan perasaan. Bukankah Al-Quran itu juga penawar. Penawar apa? Penawar buat hati-hati yang gersang. Dari awal sampai ke akhir tidak ada satu ayat malah satu perkataanpun di dalam Al-Quran yang tidak menyentuh hati -hati pembacanya. Adapun sebaliknya, yakni tidak menyentuh hatinya, itu menandakan ada sesuatu yang menghijab diantara hidayah Al-Quran dan hati manusia yang dipanggil ‘ghisyawah’. Ia bermaksud penutup yang boleh juga dipanggil dosa. Dosa yang berpunca daripada perbuatan maksiat, syirik kecil (dalam sedar atau tidak sedar) ataupun kerana kejahilan diri yang menyebabkan adanya benteng yang menyekat hati pembacanya daripada merasakan hikmat-hikmat yang terkandung dalam setiap ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran. Maka hendaklah kita mendampingi orang-orang yang soleh, yang alim, yang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah SWT mudah-mudahan kemanisan ibadah-ibadah mereka tempias kepada kita. Justeru meleburkan batu penghalang yang menghalang hidayah Al-Quran daripada sampai ke qalbu kita. Insya-Allah.
“Alif Lam Mim. Kitab ini tiada keraguan padanya; PETUNJUK bagi mereka yang bertaqwa”. (Surah Baqarah : 1-3)
No comments:
Post a Comment