Semalam saya ada menghadiri suatu seminar 'Entrepreneurship' di dewan CAC Uia Gombak. Salah seorang speaker yang hadir adalah wakil dari HDC (Halal Industry Development Cooperation). Antara input-input yang dapat saya kongsikan bersama sahabat-sahabat yang mengunjungi di blog ini; cara mengenalpasti produk halal, cop halal yang disahkan oleh JAKIM, dan kemudahan aplikasi mencari restoran Halal yang disahkan oleh JAKIM (hanya untuk pengguna iPhone).
Baiklah, sebelum itu cuba kita fikir-fikirkan balik, selama ni pernah tak kita mengambil berat soal kesucian dan kebersihan makanan kita? Sesungguhnya salah satu punca yang menyebabkan doa kita tidak dimakbulkan Allah SWT adalah disebabkan tumbuhnya bahan yang haram pada daging dalam tumbuh kita yang berasal dari sumber makanan yang haram. Maka bagaimana kita nak mengenal pasti produk itu/ini adalah

HALAL Application on iPhone>>
Baru-baru ini, HDC telah melancarkan satu aplikasi yang mana dapat membantu kita umat Islam untuk mencari restoran yang halal dan semestinya telah mendapat pengiktirafan daripada pihak JAKIM. Aplikasi ini dapat membantu kita mengesan restoran yang halal dalam jarak 15 kilometer radius. Dan aplikasi ini adalah percuma. Baca lagi di sini.

*yang mana salah-seorang pengguna iPhone, bolehlah menggunakan perkhidmatan ini. 'Halalan Toyyiban'.
No comments:
Post a Comment