Pages

Tuesday, December 14, 2010

Hebatnya Tarbiyah Rasulullah SAW Kepada Para 'SAHABAT'

Bismillahirrahmanirrahim…

Pada suatu hari, datanglah si fulan bertemu dengan Rasulullah SAW. Sebelum si fulan ini memeluk islam, dia memiliki satu tabiat, yakni suka merompak. Setiap kali ada peluang, mesti pantas tangannya mengambil kesempatan untuk mencuri. Dan tabiat sewaktu jahiliyahnya itu dahulu masih belum dapat ditinggalkan. Dia pun mengkhabarkan segala-galanya ‘aktiviti’ yang telah dilakukannya dahulu kepada Rasulullah SAW. Lalu dia meminta izin daripada baginda untuk membenarkannya merompak. Si fulan ini sudah ketagihan untuk merompak umpama seorang penagih dadah. Dia bukannya tidak tahu apa hukum merompak dan apa hukumannya, jika tidak kenapa perlu dia meminta izin daripada Rasulullah?

Mendegarkan cerita si fulan ini, Rasulullah hanya tersenyum. Dan membenarkan dia merompak, tetapi dengan dua syarat. Yakni dia tidak boleh sesekali meninggalkan solat dan tidak boleh sesekali berbohong. Si fulan ini pun dengan gembiranya berjanji dan menerima syarat yang dikemukan oleh baginda.

Pada suatu malam, di mana semua penduduk kampung telah tidur, dia pun mengambil peluang untuk melakukan satu rompakan. Namun, sebelum sempat dia meneruskan niatnya itu dia teringat akan pesan Rasulullah SAW. Dia pun terfikir,’ jika esok pagi dia hadir solat, kemudian Rasulullah bertanya kepada dia adakah dia merompak semalam? sudah tentu aku tidak boleh berkata bohong melainkan mengiyakan apa yang ditanya oleh Rasulullah. Lalu rahsiaku bakal terbongkar, dan semua penduduk kampung akan mengetahui bahawa akulah yang melakukan rompakan semalam.’

Dengan hidayah Allah, dia pun segera membatalkan niatnya. Sejak daripada itu, dia menjadi seorang sahabat yang soleh dan sentiasa taat kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT.



Allahua’alam

- - - Subhanallah! Betapa indahnya, betapa halusnya cara Rasulullah SAW dalam mentarbiyah para sahabat. Maka, sewajarnya kita menjadikan baginda sebagai ikon, contoh ikutan sepanjang zaman dalam membawa masyarakat pada masa kini terutamanya golongan belia ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Selain kisah diatas, banyak lagi kisah-kisah lain yang dapat kita teladani misalnya kisah seorang yang suka berzina meminta keizinan daripada baginda untuk melakukan zina, yakni meneruskan tabiat zaman jahiliyahnya. Selain itu, kisah-kisah yang ditonjolkan oleh para sahabat seperti Umar Al-Khatab yang terkenal dengan gelaran Al-Faruq (pemisah antara yang Haq dan yang Batil).

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...