Assalamualaikum semua. Harini sekali lagi nak share input yang saya dapat waktu khutbah Jumaat tadi. Alhamdullah banyak sungguh ilmu yang saya dapat pada hari ini. Sukalah bg saya nak berkongsi dengan geng-geng di luar sana tentang hati kita.
Rupa-rupanya, hati (hati rohaniah) kita ini pun ada 3 jenis tingkatan serupa macam tingkatan nafsu. Nanti saya tunjuk persamaanya.
Pertamanya biasalah, tingkat paling atas sekali. Hatinya betul-betul dekat kepada Allah, iaitu hati orang-orang yang bertaqwa. Hatinya penuh isi-isi taqwa dan kukuh pada tempatnya umpama daging yang melekat pada tulang. Hatinya bersih dari hasad dan dendam, cintakan kepada ilmu, mengimbangi dunia dan akhirat dan mencontohi Rasulullah S.A.W..
Keduanya pula, yang tengah-tengah. Kejap naik kejap turun. Itulah Hati yang berubah-ubah (tidak tetap). Inilah hati kita, hati orang awam. Bila kita ingat Allah, hati menjadi suka beribadah kepada Allah Taala. Dan Bila kita lalai dari mengingati Allah, hati menjadi suka untuk dekat melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah Taala. Mudah-mudahan kita dikurniakan hati yang tetap.
Ketiganya, kedudkan paling bawah sekali. Orang ganu royak nombor 'bong'. Hatinya penuh hasad dengki, perasaan riyak takabbur, keras seperti batu. Hatinya penuh titik hitam, umpama malam yang kelam. Tak nampak apa-apa. Mudah-mudahan kita dipelihara dari memiliki hati ini.
Kata Imam Al-Ghazali,

"Carilah hatimu di tiga tempat...temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!."
Saya pernah terbaca, pendinding yang membentengi antara hati kita dengan Al-Quran adalah 'ghisyawah'.
Apa hubungannya dengan nafsu? Saya teringat sewaktu halaqah dahulu, kata ustaz Zul nafsu kita terbahagi kepada tiga.

- Nafsu Mutma'inah : nafsu yang baik dan suka kepada kebaikan,
- Nafsu Lawamah : nafsu yang berubah-ubah,
- Nafsu Amarah : nafsu yang mengajak ke arah kemungkaran dan jalan kehancuran.
Apa persamaannya?
- Hatinya penuh taqwa - nafsunya Mutma'inah
- Hatinya berubah-ubah - nafsunya Lawamah
- Hatinya penuh hasad - nafsunya Amarah
Rasanya sekadar itu yang saya dapat simpulkan. Tambahan! teringat ceramah ustaz akhil hayy haritu. Orang muslim dan orang mukmin itu belum tentu dijamin masuk syurga, tetapi orang yang taqwa, yang muttaqin 100% confirm masuk syurga.
Dalam surah Maryam ayat 85:
"(Ingatlah) hari (ketika) Kami menghimpunkan orang-orang yang bertaqwa dalam satu kumpulan menuju Tuhan mereka Yang Maha Pemurah sebagai satu penghormatan."
Dalam surah as-Syu'ara ayat 90:
"Dan (pada hari kiamat) syurga akan didekatkan kepada orang-orang yang bertaqwa."
SMS : "Belajarlah Hidup untuk ZUHUD kepada Dunia, bukan SUJUD kepada Dunia"

No comments:
Post a Comment