Telah berlaku satu perbualan antara dua orang rakan sebilik di sebuah pusat pengajian...
M : Awal mandi. Nak ke mana smart-smart ni?
N : Siap-siap nak pi solat berjemaah kat masjid r. Tak nak ikut ke?
M : Eh takpe-takpe, tak habis nak cover topic lagi ni. Esok kan exam. Sejak bila ko rajin pi masjid ni, biasanya habis-habis kurang pergi surau jer.
N : Sejak aku belajar mengenal Sunnah Nabi kita, Muhammad SAW…bukankah salah satu golangan yang mendapat lindungan arasy Allah SWT pada hari kiamat kelak ialah orang yang hatinya dekat dengan masjid?
Sesungguhnya Allah suka akan hamba-hamba-Nya yang beribadat, tetapi…Allah tersangatlah suka jika orang muda yang beribadat kepada-Nya. Dan sesungguhnya Allah suka akan hamba-hamba-Nya bertaubat, tetapi…Allah tersangatlah suka jika orang muda yang bertaubat kepada-Nya.
Bukankah agama kita menuntut umatnya mencontohi Rasulullah SAW? Ya!, tapi persoalannya bagaimana kita nak beristiqamah dengannya. Ambil satu persatu, atau yang paling mudah untuk praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, solat sunat Dhuha. Bagi orang yang baru nak berjinak-jinak dengan sunnah nabi kita, ia bukanlah suatu hal yang mudah. Apatah lagi nak beristiqamah dengannya. Kerana apa? kerana syaitan dan sekutunya takkan pernah berhenti daripada menghalang manusia-manusia yang hendak mendekatkan dirinya kepada Allah. Mereka ini bayi yang baru lahir tuk mengenal dunia. Lahirnya mereka bukan boleh terus berjalan, berlari seperti orang dewasa tetapi perlu melalui proses pembelajaran bertahap. Begitulah juga caranya bagi mereka yang mahu berusaha untuk beritiqamah dengan sunnah Rasulullah SAW. Perlu ada step-step supaya kita dapat terus beristiqamah dan menghayati cara hidup Rasulullah SAW.
Usia muda kita di dunia ini hanya sekali, jadi manfaatkanlah masa muda anda sebelum tiba masa tuamu. Rebutlah 5 peluang yang ada, sebelum 5 peluang itu pergi meninggalkan kita. Apakah 5 peluang itu? MUDA sebelum TUA, KAYA sebelum MISKIN, LAPANG sebelum SEMPIT, SIHAT sebelum SAKIT dan HIDUP sebelum MATI.
" Barangsiapa mencintai sunnahku bererti mencintaiku dan kelak org2 yang mncintaiku akan masuk syurga bersama-samaku "
No comments:
Post a Comment