Al-maklumlah, dah lama tak tengok berita, bace paper pun jarang. Baru-baru ni adalah tengok berita, kes ular sawa dijumpai dalam sebuah reban ayam. 3 ekor sekali makan...perghh...tetapi saya terpikir gak, kenapa dah masuk dalam perut ular pun, tubuh ayam tu still solid? agaknya perlu take time kot (logically). So saya cari lah sedikit info kat dalam internet ni dan yang terjumpa nak di sharekan yep!.
Fungsi gigi
-ia tidak berfungsi untuk mengunyah melainkan untuk mencengkam mangsanya, dan melancarkan proses untuk menelan mangsanya. Giginya mempunyai kemampuan untuk merebakkan racun kedalam tubuh mangsanya justeru melumpuhkan saraf tubuh badan dan sistem pernafasan mangsanya. Kebiasaannya ular akan memilih kepala mangsanya terlebih dahulu. Dan kebetulan semalam ada tonton discovery channel camne ular menelan manusia, caranya mangsanya perlu dalam keadaan mengiring. Jika dalam keadaan terlentang, ia agak sukar bagi mereka kerana ruang rahangnya berlanggar dengan bahu manusia.
Bagaimana perut(usus) ular berfungsi
Makanan yang masuk ke perut ular, dicerna okeh ususnya yang bekerja terus menerus selama kurang lebih 48 jam atau sekitar 2 hari. Makanya, setelah makan ular biasanya menjadi tidak aktif. Meski begitu, proses pencernaan di dalam perutnya tetap berlangsung. Pencernaannya bekerja terus menerus, apalagi kalau ia habis makan mangsa yang besar.
rasanya itu sahajalah yang nak dikongsi yep!. And satu lagi perkara yang nak saya kongsikan dan memperingatkan pembaca2 dan pengunjung2 semua. Kalau terjumpa haiwan-haiwan berbisa (eg. ular....), kat mana-mana especially dalam rumah, jangan terus bunuh! takut-takut yang kamu bunuh itu jelmaan jin. So cube berdialog dahulu, dan halau. Kalau takde tindak balas, Dengan nama Allah S.W.T. bunuhlah ia, kerana dalam Islam kita dibenarkan membunuh haiwan-haiwan yang berbisa andai kata ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita atau mengancam kita. Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment