Pages

Sunday, May 22, 2011

BANYAK MANA UJIAN(DUGAAN) KITA HADAPI, BANYAK LAGI NIKMAT KURNIAAN ILAHI


Banyaknya ujian/dugaan drpd Tuhan....namun begitu, lebih banyak lagi Nikmat kurniaan Allah SWT kpd hamba-hamba-Nya baik pada yg taat kepadaNya mahupun yg kufur kpd-Nya. Begitulah luasnya Rahmat-Nya. Tak terhitung jumlah butir pasir di pantai, tak terhitung pula sedalam laut di bumi.

Namun begitu, sungguh banyak hamba-hamba-Nya yang mengeluh, berkira-kira dgn Tuhan Yang Rahim. Pabila diperintahkan menutup aurat, dikatanya panas. Pabila diperintahkan solat fardhu hanya 5 waktu sehari semalam, dikatanya tiada masa. Pabila diperintahkan mencari rezeki yang halal, dikatanya susah-payah bahkan lebih 1001 alasan semata-mata untuk menghalalkan yang haram, membenarkan yang dilarang dan sebagainya.

Tidaklah tidak bukan semata-mata untuk memenuhi kepuasan hati semata-mata sehingga mrk lalai dari mana asal ia datang dan ke mana pula tempat mrk kembali. Apakah masih belum cukup apa yang telah kamu dapati disisi kamu? Bersyukurlah dan manfaatkan apa yang kamu kecapi, apa yang kamu rasai, sebelum ia kembali semula kepada Yang menurunkannya.

Disaat langkah itu tersasar, lidah terlebih kata dan pandangan terhilang batasnya, ucapkanlah kalimah istighfar kepada-Nya. Tegar kah kita sebelum sempat kita bertaubat, tiba-tiba langkah kita yang mantap itu tiba-tiba lumpuh. Belum sempat kita bertaubat, tiba-tiba lidah kita terkunci. Belum sempat kita bertaubat, tiba-tiba dunia kita menjadi gelap gelita bak purnama tenggelam bersama kepekatan malam. Di saat itu berlaku, sungguh ramai ramai yang menyalahkan takdir dan kita pula bersangka buruk kepada Allah Taala, perbuatan tidak ubah kita menempah tiket ke Jahannam dan secara sukarela meletakkan nama kita dalam senarai golongan yang layak masuk Jahannam.

Sungguh pada waktu itu kita sudah benar-benar lupa, bahawa itu semua berlaku datang dari kesilapan dari diri kita sendiri yang secara sukarela memelih jalan berpaling dari Allah Taala. Berkata alim ulama', cendikiawan Islam; 'Dunia ini penjara bagi orang beriman, tetapi syurga bagi orang-orang yang fasik (dan yang kufur)'.

Baiklah, pada saat(ujian) itu juga berlaku, kepada siapa kamu memanggil-manggil meminta bantuan...Umi...,Ibu...,Mak...,Mama...,Abi...,Abah...,Ayah...,Papa... . Nama-nama inilah yang kamu seru, kamu merintih. Pun begitu, pada saat kita masih sihat walafiat, bertenaga waja...berapa banyakkah kudrat waktu muda kamu itu kamu menyumbang manfaat kepadanya?...tak terhitung juga sahabat-sahabat semua. Sesungguhnya mereka itu jugalah kurniaan Allah SWT.

Kepada insan yang bergelar wanita,perempuan ataupun gadis, semasa kamu mendedahkan aurat kamu kepada masyarakat umum yang jelasnya kesemuanya bukan mahram kamu mahupun dilaman web sosial yang kamu pertontonkan kepada lebih jutaan manusia secara sukarela, sedarkah kamu dalam pada masa yang sama kamu 'menop-up(top-up') dan menambah saham kamu dan ibu bapa kamu jalan singkat ke neraka???. Kamu kata kamu sayang ibu kamu, kamu sayang bapa kamu, hakikatnya sayang kamu itu hanyalah lakonan tanpa skrip. ''Eh, kenapa pulak ibu bapa kamu yang tanggung dosa kami?''...emm, kamu tak tahu ke dosa seorang anak perempuan yang masih belum berkahwin ibu bapanya menumpang sama (selagi mana mereka redha dengan perbuatan derhaka kamu itu). Tu yang masih belum berkahwin, kalu dah berkahwin siapa pulak yang menaggung? sah-sah lah si suaminya.Kasihan-kasihan...pabila hidup berakhir dengan azab Allah Taala.

"Oh dosa saya banyak, apakah Tuhan masih mahu mengampuni saya? biarlah saya 'sesat' begini"(T_T), sebesar manapun dosa setiap manusia itu, BESAR lagi PENGAMPUNAN ALLAH SWT. "Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?", petikan dari surah Ar-Rahman.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...