Ini kisah benar...=D
Bukan kisah seram, kisah cinta, or whatever yg berkaitan...tetapi kisah bagaimana kita nak tetapkan hati kita supaya kita terus ke masjid@ solat berjemaah untuk menggandakan saham akhirat kita dan meluruhkan dosa-dosa kita di setiap waktu.
Bagaimana??gunakanlah mata kita ini untuk melihat yg baik-baik dan gunakan akal untuk berfikir.
Di sebuah masjid yg berhampiran dengan tempat tinggal saya sekarang ni, sememangnya mmg ramai yg hadir solat berjemaah walaupun hanya memenuhi sekitar dua, tiga hingga ke empat saf sahaja, dan bilangan jemaah yg hadir boleh dikatakan mendatar tetapi memuaskan kerana mereka tekun istiqamah dalam menyahut seruan azan dan datang meraikan waktu solat fardhu siang dan malam.
Sepanjang tempoh usaha saya untuk turut bersama-sama jemaah disini ke masjid, ada dua watak hamba Allah ni yg begitu menarik hati saya untuk menjadi pengiktibaran kepada kita semua orang-orang muda. Ya, orang-orang muda yg masih dianugerahkan oleh Allah SWT kesihatan yg baik dan sempurna anggota badan.
Watak pertama si fulan ini adalah seorang tua. Meskipun berjalan pun bertatih dan terpaksa menggunakan tongkat, beliau ini adalah seorang yg tekun hadir ke masjid untuk solat berjemaah dan mendengar kuliyah maghrib yg dianjurkan oleh anggota masjid. Dan watak kedua, si fulan yg OKU (orang kurang upaya) sementara. Boleh dikatakan setiap malam beliau hadir ke masjid untuk bersama-sama solat berjemaah. Orangnya peramah dan suka menghadiahkan senyuman.
Usianya barangkali sekitar 30-an. Apa yg menariknya, saya melihat beliau ini boleh dikatakan berlumba dengan jemaah lain yg sihat walafiat untuk ke saf hadapan meskipun terpaksa mengengsot (sbb tak dapat berdiri dengan betul-kaki kirinya berbalut). Subhanallah...
Subhanallah, cubalah kita bandingkan dengan diri kita yg masih sihat ini, sempurna anggota badan dengan kedua-dua watak ini. Melihat kesungguhan mereka dan ketaatannya membuatkan saya berasa malu tiba-tiba. Kerana ramai anak-anak muda, remaja-remaja, pada waktu berkumandangnya azan memanggil seluruh umat Islam datang ke masjid, -bersama-sama solat berjemaah- mereka masih lagi duduk melepak dirumah dengan hal masing. Kalau yg dipadang dengan acara padangnya lah tak reti-reti nak balik. Yang main game, habis azan sambung balik main game, eh ditangguhnya pula solat. Yang solat berjemaah bersama keluarga dirumah itu alhamdulillah kerana mengajar ahli keluarga rajin solat berjemaah.
Wahai orang-orang muda, geng-geng diluar sana... tak berase malukah kamu terhadap kedua-dua hamba Allah yg telah saya ceritakan tadi keadaan fizikalnya yg kurang daripada kita tetapi taatnya menuruti sunnah baginda Muhammad SAW?
Masa muda dan sihat nilah kita nak perbanyakkan ibadah kepada Allah dan menuruti sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat. Takkan dah tiba masa tua, masa sakit nanti baru nak ingat ke masjid kot...renung-renungkanlah.

"Allah suka akan hamba-hamba-Nya yang beribadat, tetapi Allah LeBiH SukaKan orang-orang MudA yang beribadat kepada-Nya...."
No comments:
Post a Comment