Pages

Sunday, June 12, 2011

JAWATAN KOSONG!!!






Jangan lepaskan peluang ini.

"Solat berjemaah dua puluh tujuh darjat lebih utama daripada solat sendirian" (riwayat Bukhari dan Muslim)


"Apabila ada tiga orang dalam sebuah desa atau kampung, lalu disana tidak didirikan solat berjmaah, maka syaitanakan menguasai/mengalahkan mereka." (riwayat Abu Daud)


"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka tahu apa yang terkandung didalamnya, nescaya mereka akan medatangi keduanya sekalipun dengan merangkak." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Sungguhlah besar ganjaran yg telah Allah SWT janjikan keatas hamba-hambaNya yg taat beribadah kepadaNya dan mengikuti sunnah kekasihNya, Nabi Muhammad SAW.

You just imagine, (27 pahala utk satu solat berjemaah) X (5 kali sehari) X (solat_2 sunat) X (Zikrullah) X (dan lain-lain lagi....) = berganda2 pahala kita dapat dalam satu hari. Belum tambah pahala kita melangkah ke masjid, niat kita ke masjid, mengajak orang solat berjemaah, iktikaf,....subhanallah, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemurah. Berlumba-lumbalah kita dalam mengerjakan kebaikan. Setiap amal yg disertakan niat semata-mata untuk mendapatkan redha Allah itu dikira ibadat, walau sekecil manapun amal kita itu ada ganjaran yg tersembunyi di dalamnya.

Saya tertarik dengan petikan dari syahirul.com:

Pada hari kiamat:
Hamba sahaya berkata: “Kerana saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu.”
Maka Allah s.w.t menjawab: “Yusuf a.s. menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadat.”

Pada hari kiamat:
Si miskin berkata: “Kemiskinanku itulah yang menghalangi untuk beribadat kepadaMu.”
Maka Allah s.w.t. menjawab: “Engkau tidak lebih miskin dari Isa a.s. tetapi Isa a.s. tidak terhalang untuk melakukan ibadat.”



No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...