Pages

Monday, July 25, 2011

[update!!]...mencari ilmu, jauh mcm manapun aku tekad.(O_o)"

Alhamdulillah...akhirnya semalam dapat gak melepaskan kempunan. Dah dekat 3 tahun x dpt pi kuliyah Ustaz Azhar Idrus sejak jadi anak perantauan ni. Semalam ada kuliyah ustaz kat Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Mulanya ingat tajuk 'Lambaian Ramadhan', rupa2nya sambungan pengajian kitab Anak Kunci Syurga. Tapi dakper r, yg penting ilmu darinya aku nok ngaji.

Maunya x jauh...dari gombak ke shah alam,fuhh...tp ok r setengah jam lebih perjalanan, sbb naik motor kan. Bertolak dari gombak pukul 6.50 ptg, sampai sana pukul 7.30 ptg. Firstly sampai kat pintu masuk tu, perghhh...PENUH!!!. Nasib baik bawak motor, parking je la kat kawasan longkang kat tepi jalan, sbb banyak motor park kat situ. Berapa ramai jemaah yg hadir Wallahua'lam. Tak terkira pulak, yg pastinya kat dalam masjid tu mmg penuh. Tu yg dalam masjid, yg kat luar masjid x kira lagi, jemaah perempuan lagi. Ada yg kata 18k...ade kemungkinan lah. Tahu2 jelah, masjid negeri katakan.


sumber : syahirul.com


ni audio kuliyah yg semalam:

24 Julai 2011 - Kuliyah di Masjid Negeri Shah Alam

Ceramah : http://www.mediafire.com/?v2pd6vt61jbnqd​v
Soal Jawab : http://www.mediafire.com/?v9c9konfc4k870​n

Antara pengisian2 yg sempat aku hadam, besarnya ungkapan kalimah "La illaha ilallah", Tiada tuhan selain (yg sebenar-benarnya) Allah swt. Itulah kalimah yg agung dan lebih besar berbanding zikir2 yg lain. Nampak kecil, tetapi besar nilainya disisi Allah Taala. Ia jugalah ungkapan syahadah.

Kemudian perbezaan nikmat dan rahmat. Nikmat ni semua makhluk Allah Taala bagi, termasuk yg menderhaka kepada Allah swt dan yg juga kufur kepadanya. Tetapi rahmat Allah hanya kepada yg memegang agama Allah, taat kepada perintahnya dan meninggalkan (atau menjauhi) larangannya. Mensyukuri nikmat tidak cukup dengan ucapan kalimah 'Alhamdulillah'. Tetapi dalam fahaman yg lebih jelas dan terang, adalah menggunakan segala nikmat kurniaan Allah swt ini dengan sebab apa tujuan penciptaannya oleh Allah Taala. Itulah pentingnya bagi kita mendalami dan memahami ajaran dalam agama kita. Tidak cukup dengan sekadar menunaikan ibadah fardhu solat, puasa,zakat dsb. Sebagai contoh, nikmat mata untuk melihat perkara yg baik2, kaki untuk berjalan ke tempat yg baik2, tangan guna untuk mencapai. Semuanya dah diajar dalam Islam, cuma kita ni payah nak ikut. Sebab apa? sebabnya malas nak mengaji, malas nak ambil tahu ilmu agama Allah.

Last sekali ayat yang saya masih ingat; "Kalau kita letak Allah Taala dan Al-Quran di belakang, azab neraka mari kot depan kita". Maknanya disini, jika kita berpaling dan membelakangkan agama Allah, mengutamakan/ melebihkan yg lain, nescaya azab neraka tempat penantian kita di akhirat nanti. Nasihat saya, sape2 yg belum ada kat rumah dia kitab terjemahan Al-Quran, adakan. Supaya kita tahu dan dapat apa yang terkandung dalam Al-Quran, panduan hidup muslim, mukmin, muttaqin dan muhsinin. Allahu Akbar!!



(Bulan Ramadhan dah nak dekat, jadikanlah bulan Ramadhan pada tahun ni lebih baik daripada tahun yg lepas2...takut Ramadhan pada tahun ni, adalah yg terakhir buat kita.)

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...