Telah dikurniakan kepada tiap-tiap makhluk diatas muka bumi itu dengan pelbagai nikmat dan rezeki. Ada segolongannya, bersyukur dengan sebenar-benar syukur dan berterima kasih kepada Allah swt sama ada di waktu senang mahupun diwaktu susah. Lafaz syukur di bibirnya, dizahirkan dalam amalnya dan berlaku adil dalam setiap perkara.
Dunia in ibarat air laut, apabila diminum hanya menambah haus. Nafsu dalam diri bagaikan fatamorgana di padang pasir, panas yang membahang disangkakan air. Dunia dan nafsu adalah cubaan, bagai bayang-bayang. Dilihat ada ditangkap hilang. Andai kamu mengejar dunia, jangan kamu sampai tergadai hidup di akhirat. Andai kamu tewas kepada nafsu, jangan kamu lupa untuk bertaubat kepada Allah swt.
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."
No comments:
Post a Comment