Pages

Tuesday, May 25, 2010

Bahaya Vaksin HPV keatas Pelajar Perempuan

Bahaya Vaksin HPV keatas Pelajar Perempuan

HPV atau nama penuhnya Human Papilloma Virus. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkongsi keprihatinan Parent Action Group for Education (PAGE) berhubung usaha kerajaan untuk melaksanakan inokulasi 17,000 pelajar perempuan tingkatan 1 di Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menentang Human Papilloma Virus (HPV).

CAP sejak awal lagi membantah cadangan kerajaan untuk memperkenalkan program vaksinasi untuk kanak-kanak apabila HPV penyebab kanser servik disebarkan hanya melalui hubungan seksual. Pada September 2009, apabila kerajaan mengumumkan niatnya untuk mevaksinasikan kira-kira 300,000 pelajar perempuan yang berusia 13 tahun, kami menyuarakan keprihatinan dan bantahan terhadap cadangan yang tidak munasabah untuk mevaksinkan mereka terhadap Penyakit Jangkitan Seksual (STD) yang biasanya dialami oleh orang dewasa yang melakukan persetubuhan secara rambang.

Punca utama dan faktor penyumbang bagi penghidap HPV ialah hbgn seksual dengan ramai pasangan atau seks secara rambang. Seharusnya masalah ini wajib diatasi melalui pendidikan dan agama serta nilai-nilai moral dibawah bimbingan ibubapa terutamanya selain daripada guru-guru dan ustaz-ustaz di sekolah mahupun media massa. Persoalannya; Kenapa nilai dan penyelesaian ini tidak digunakan oleh pihak Kementerian kepada generasi muda kita sebagai langkah pencegahan sebagai ganti melaksanakan vaksinasi yang menjadi kontroversi itu?

Seperti yang dipetik oleh PAGE, Bernama baru-baru ini melaporkan bahawa ujian klinikal vaksin ini telah dihentikan oleh pihak berkuasa berikutan kematian enam kanak-kanak. Sehubungan itu, kami juga mengemukakan fakta bahawa New York Post mendedahkan pada 2008 Gardasil (vaksin HPV yang dikeluarkan oleh Merck) di bawah siasatan terhadap kemungkinan dikaitkan dengan lumpuh, serangan jantung dan 18 kematian. Pada Februari 2008, Kementerian Kesihatan Sepanyol menggantung penggunaan satu kelompok Gardasil selepas pihak berkuasa kesihatan di wilayah Valencia melaporkan dua perempuan jatuh sakit selepas menerima suntikan.

Baca lagi di http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26738:tarik-balik-inokulasi-hpv-kepada-pelajar-perempuan-&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...