Pages

Tuesday, May 25, 2010

Makanan Halal Dalam Doa & Ilmu



Antara doa yang tidak ditolak oleh Allah adalah orang yang berpuasa di siang hari sehingga sampai waktunya ifthor, orang yg ditimpa musibah (sakit) atau mudharat, dan orang yg bermusafir dijalan Allah iaitu musafirnya bukanlah untuk perkara yg haram dan bukanlah pula yg boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Tambahan pula tidaklah terhijab doa orang-orang yg dizalimi. Adapun dengan berpuasa itu, dapat menjauhi kita daripada perkara-perkara yg haram, makanan yg haram, lantas doa kita diterima oleh Allah. Dan digalakkan lagi bg orang yg berpuasa banyakkan berdoa dan bersabar.

Nabi SAW menceritakan kpd para sahabat mengenai seorang hamba Allah yg sesat di padang pasir berdoa dengan bersungguh-sungguh. Namun, doanya tidak diterima lantaran makanannya dari sumber yg haram, minumannya haram dan pakaiannya juga dari sumber yg haram.

Sesungguhnya ilmu itu adalah nur cahaya, dan tidaklah ia melekat pada hati yg kotor. Yakni akibat daripada banyak melihat perkara-perkara yg haram, mendengar perkara-perkara yang haram, melakukan maksiat dan sebagainya yg membawa kepada dosa-dosa besar dan dimurkai oleh Allah SWT.

Sebagai contoh, kisah hidup Imam Syafie dalam mencari ilmu ketika kecil yang hebat. Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT akal fikiran yg cerdas, pemikiran yg tajam dan halus, dan memori yg kuat. Pada suatu hari, sewaktu beliau pulang dari mengaji, beliau duduk termenung termanggu-manggu sendirian. Ibunya kehairanan melihat tingkah laku anaknya itu kerana pada hari-hari sebelumnya beliau tidak kelihatan begitu.

Kemudian ibunya menegur kenapa beliau duduk termenung. Lalu beliau menyatakan bahawa fikirannya kosong dan tidak dapat menerima sebarang ilmu dari pengajiannya tadi. Berbanding hari-hari sebelumnya, beliau dapat menerima dan mengingati segala apa yang diajar oleh gurunya. Lalu dia bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku, dari manakah ibu mengambil susu tadi?”.

Ibunya menyatakan bahawa dia mengambil susu itu dari ternakannya. Kemudian tambahnya lagi, haiwan ternakannya tadi terlepas dan menemuinya di luar kawasan rumahnya. Lantas Imam Syafie membuat kesimpulan, sudah tentu haiwan ternakannya telah masuk ke kawasan orang dan memakan rumput di situ. Dan hasil susu yg diperah dari perut haiwan ternakan itu sudah tentu bercampur dgn sumber yg haram kerana haiwan tersebut tadi telah memakan rumput di tanah kepunyaan orang lain tanpa pengetahuan pemilik tanah tersebut. Lalu Imam Syafie mengingatkan ibunya supaya mengikat haiwan ternakannya kuat-kuat supaya tidak terlepas lagi.


“Sesungguhnya yg halal itu jelas, dan yg haram itu jelas”


No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...