Pages

Tuesday, May 4, 2010

.:LELAKI YANG MAHAL:.

Biasanya kita selalu dengar dan terbaca mengenai ciri-ciri dan personaliti seorang muslimah yang dilabelkan sebagai 'Wanita Yang Mahal' daripada mana-mana kuliah, halaqah dan artikel. Wanita-wanita ini ialah seorang yang solehah,taat pada perintah Allah, menjaga agamanya seperimana memelihara maruah dan kehormatannya, cintanya kepada Allah dan Rasul dan lain-lain lagi sepertimana yang dinukilkan dalam kebanyakan karangan penulis-penulis wanita mahupun penulis lelaki based on Al-Quran and Hadis.

Bak kata orang muslimah sejati atau seikandi Islam.

Alhamdulillah...sesungguhnya hati ini yang begitu kerdil benar-benar kagum dan bersyukur kepada Ilahi kerana masih wujud dan semakin ramai muslimah-muslimah pada hari ini yang selayaknya dilabelkan sebagai 'Wanita Yang Mahal'. Masya-Allah... =)

Tetapi bagaimana pula seorang lelaki yang dilabelkan 'Lelaki Yang Mahal' ???


*******

Akidahnya mantap Imannya kukuh bertapak di hati,
Pediriannya teguh sukar digugat

Ikhlas hatinya dapat dilihat
Hatinya tenang bersyukur kepada Ilahi dan Tabah menerima dugaan

Nafsunya berjaya ditawan,
diDidik menjadi mutmainnah, Maruah diri dan keluarga dipelihara

Hidupnya dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Hatinya terpaut pada Rumah-Nya
Dia menjaga solatnya dan memelihara solatnya dan Duduk bersama-sama orang yang soleh

Istiqamah dalam ibadat sunatnya,
Berjaga malam mendambakan CINTA Ilahi,
Rayunya pula mengharap PENGAMPUNAN Ilahi

Tegasnya bukan pada riak wajahnya,
Bukan pula pada kemarahannya,
Tetapi pada kesabarannya dan kewarasannya

Ilmu yang ada dikongsi,
Diamalkan dalam kehidupan seharian,
Silaturahim sesama insan dipelihara dan dieratkan

Muamalatnya diawasi
Tatkala bertembung dengan wanita ajnabi,
pandangannya segera tertunduk,
Tatkala berbicara,
Dia mengeluarkan ucapan yang Indah(atau berdiam diri)

Sihatnya tubuh badan keterampilan diri dijaga,
Menggunakan segala kelibahan yang ada untuk berbakti
kepada BANGSA dan NEGARA






No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...