Pages

Friday, August 13, 2010

.:Bulan Ramadhan, Bulan untuk Mutma'inahkan Nafsu;.

13/08/2010;Jumaat,

sudahla genap 3 hari kita menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan yg penuh keberkatan...Subhanallah

Antara isi khutbah Jumaat tadi adalah bulan puasa ini bukanlah bulan untuk mengenyangkan perut, tetapi untuk menggandakan ibadah kita justeru menguatkan lagi iman kita. Tambahan pula, bukankah dibulan ini sepatutnya lebih mudah bagi kita untuk beribadah kepada Allah s.w.t. memandangkan syaitan laknatullah telahpun dikurung, dan yg tinggal dgn kita hanyalah nafsu yg perlu kita didik dibulan ini supaya lebih mudah bagi kita untuk melawan gangguan dan bisikan syaitan pabila berakhirnya Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakal pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan". Dan sewajarnya bagi kita lebih bertenaga dan kuat untuk melawan syahwat kita, membersihkan diri samada dari segi jasmani mahupun rohani dari kuman-kuman dosa.

Sesungguhnya bulan Ramadhan, juga memberikan kita peluang untuk mendidik nafsu kita supaya dapat merasakan kemanisan dalam beribadah dan menjadikan kita seorang hamba Allah yg bertaqwa,Insyallah.

Ringkasnya, nafsu kita terbahagi kepada 3;
  • nafsu 'Amarah' : Nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak syahwat dan syaitan.
  • nafsu 'Lawamah' : Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan perintah-perintah Allah.
  • nafsu 'Mutmainnah' : iaitu jiwa yg tenang.
Orang yg memiliki nafsu mutmainnah ini dapat mengawal nafsu syahwatnya dgn baik dan lebih cenderung melakukan kebaikan. Hatinya sentiasa tenang, dan sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam amalannya. Moga Allah golongkan kita dalam nafsu yg hebat ini.

Oleh itu, antara cara atau wasilah kita dalam mendidik nafsu kita adalah dgn perbanyakkan beribadah seperti berqiamulail, berterawih, bertadarus, bersedekah, membayar zakat, berzikir, membelanja anak yatim berbuka puasa. "Barangsiapa yg berpuasa Ramadhan penuh dengan keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yg telah lalu", hadis riwayat Bukhari & Muslim.


"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku."

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...