Pages

Monday, August 9, 2010

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADAN YA MUSLIMIN WA MUSLIMAT...



Sempena masuknya bulan Ramadan yg mulia lg penuh barakah ini, marilah kita semua bersama2 membersihkan diri drpd kesilapan-kesilapan dan kekhilafan yg telah kita semua lakukan di masa lalu. Persiapkanlah diri ini dengan iman yg teguh, dan hati yg suci. Pelihara diri dari melakukan maksiat apatah mendekatinya, jgn sekali meskipun sekecil apapun, sesungguhnya Allah Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Dan setiap perkara yg kita lakukan akan dihitung dan dicatat dalam kitab amalan kita. Sungguh bulan Ramadan ini byk keistimewaannya jika dibandingkan dengan bulan2 dalam Islam yg lain. Oleh itu, manfaatkanlah masa yg sesingkat ini. Tambahan lagi, disamping menjaga kesihatan diri, jgnlah lupa untuk menjaga iman kita.



Sedikit pesanan Ramadan buat diri ini dan buat sahabat2:
  • Jagalah solat kita dan perbanyakkanlah solat sunat Qiamullail
  • Rajin-rajinkan solat berjemaah terutamanya Subuh dan Isyak
  • Banyakkanlah beri'itikaf di masjid
  • Banyakkanlah berdoa meskipun pendek dan ikhlas serta bersungguhlah dlm berdoa
  • Bacalah Al-Quran
  • Elakkan ucapan yg sia-sia
  • Sentiasa dalam keadaan berwudhuk
  • Ringankan tgn untuk bersedekah
  • Membelanja org berbuka puasa meskipun sebiji kurma atau air kosong
  • Sahur jgn ditinggalkan





"Ya Allah, mudah - mudahan Ramadan kali ini bukanlah yg terakhir bagiku dan peliharalah daku, lindungilah daku, dan lindungilah daku dari pintu-pintu maksiat dan jalan-jalan yg tidak Engkau redoi"

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...