Terdapat kesulitan dalam dua waktu bagi orang munafik, yakni subuh dan isyak.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Seberat-berat sembahyang atas para munafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.”
Dalam sedar atau tidak sedar, antara sifat-sifat orang munafik itu ada dalam diri kita. Astaghfirullahalazim.
Jika kita lihat dalam skop yang lebih besar, rata-rata masyarakat setempat kita memang payah hendak ke masjid untuk menunaikan solat fardhu pada dua waktu tersebut. Apatah lagi yang tempat tinggalnya dekat dengan masjid (atau musolla), seribu satu kemalasan dan alasan yang diberi. Masakan tidak, tabiat ini telah diwarisi dari satu generasi ke satu generasi sehingga menjadi suatu budaya. Budaya apa? budaya ‘melewat-lewatkan waktu sembahyang’. Bertanya sahaja kepada student-student yang menginap di asrama, pukul berapa mereka set alarm jam. Pasti ramai yang kunci jam lebih setengah jam selepas waktu subuh. Kalau subuh pukul 6, pukul 6.30 lah diorang timing jam. Betul tak?
Budaya ini telah menjadi darah daging dalam masyarakat kita dan termasuk dengan diri kita sendiri. Bukan setakat menjadi darah daging, dah tepu menjadi lemak. Sebab itu kita jadi malas, jadi berat nak beribadat. Jangankan yang wajib, yang sunat pun belum tentu. Jadi macam mana kita nak rawat penyakit ni? Mudah sahaja, macam orang yang terlebih berat badan kurangkan berat badan. Tetapi dalam konteks sekarang ini, bahasa mudahnya berlatih (practice makes perfect) mengurangkan lemak-lemak malas yang melekat pada daging tubuh kita. Dengan cara apa? semestinya dengan beristiqamah di atas setiap amalan yang kita kerjakan. Istiqamah itu umpama latih tubi atau exercise bagi kita untuk memperbaiki diri dan merawat badan dan minda kita supaya terpelihara diri dari ‘penyakit budaya orang kita’ yang sonsang dari tuntutan agama. Rajinkan solat berjemaah di masjid atau disurau. Bila ada masa terluang jer, jangan melengah-lengahkan waktu. Keran melengah-lengahkan waktu itu adalah perbuatan yang sia-sia.
Tambahan pula, apabila azan berkumandang, kita berjaya menjawab azan, tetapi hakikatnya kita gagal untuk menyahutnya. ‘Hayya ‘alassolah…’, marilah menunaikan sembahyang…kita mendengar, dan kita menjawab…tetapi tidak menyahut seruan itu. Kita diseur oleh muazzin ke masjid, menunaikan solat berjemaah, tetapi kita lebih memilih solat dibilik, menagih ganjaran yang sedikit. Sedangkan kita tahu bahawa Allah SWT Yang Maha Pemurah, Yang Maha Kaya, melipatgandakan pahala sembahyang hamba-hambanya yang mendirikan sembahyang secara berjemaah dan di masjid. Inilah kesilapan-kesilapan yang menjadi common dalam kalangan kita. Sesungguhnya solat berjemaah itu lebih baik daripada solat seorang diri. Dan ia adalah sunnah Rasulullah SAW, dan ketahuilah amalan-amalan dan ibadat-ibadat yang Rasulullah SAW kerjakan adalah sunnah baginda, dan amalan sunnah itulah perkara yang paling digemari oleh baginda.
“Barangsiapa yang menolak sunnahku, dia bukanlah dari kalangan umatku.”
Pada zaman sahabat, apa yang Rasulullah kerjakan itulah mereka yang ikut. Yang fardhu, mahupun yang sunat, dan mereka beristiqamah beramal dengan sunnah baginda. Mereka tidak bertanya,’Ya Rasulullah, amalan yang engkau kerjakan ini wajib atau sunat? Jika sunat tidak mengapalah”. Sungguh mereka taat dan patuh kepada utusan Allah itu. Sedar atau tak sedar, soalan itulah yang biasa terjadi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Jika ia adalah amalan sunat, tak mengapalah, tak berdosa kalau tak buat. Begitu juga termasuk dengan amalan sunat sunnah Rasulullah SAW. “Jika sunat tak mengapalah. Sunat je kan”. Perkara inilah juga yang begitu tebal menebal dalam diri kita. Persoalannya, apakah cukup amalan yang kita kerjakan pagi petang siang malam pada hari ini, untuk menghadapi hari perhitungan di akhirat kelak?
Usahlah dipersia-siakan waktu muda sebelum masa tua. Mudah-mudahan dapat kita sama-sama membangkitkan roh Islam dalam diri kita dan dalam perjalanan hidup kita.
-DHFK : “Rawat Rohani, dan Memperkasakan Peribadi”.
Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayamTapi insan kalaupun hanya ada
Ayuh bangunlah
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Peristiwa Subuh ~ Raihan
No comments:
Post a Comment