Kata Imam Syafi’e… “Keredhaan seluruh umat manusia, adalah satu tujuan yang tidak akan pernah tercapai”.
Kata-kata Imam Syafi’e tersebut dapat saya rumuskan daripada sudut pandangan peribadi saya bahawa, dalam setiap hal dan perkara yang kita buat, mahupun dalam mencari suatu keputusan yang tepat, pasti akan ada yang kontradik datang dari orang-orang sekeliling kita. Dan hal ini mahu tidak mahu, kita tidak bisa menolaknya. Reaksi dan respons dari masyarakat perlu bagi kita titikberatkan, dan untuk menhadapinya memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran di tahap yang optimum.
Sesungguhnya manusia itu punyai banyak kelebihan, salah satunya ialah akal dan nafsu. Apabila akal digunakan dengan kekuatan hikmah maka insyallah kejayaan yang kita perolehi, namun andai nafsu yang tak terdidik mengawal akal fikiran, kewarasan dan rasional kita, percayalah kita akan menghadapi jurang yang amat payah.
Maksud yang ingin saya sampaikan disini adalah, apabila kita berhadapan dengan situasi yang mana kita perlu mendapatkan persetujuan dan penerimaan orang ramai di atas sesuatu amalan (ibadah) yang kita sampaikan, harus bagi kita mengawalnya sebijak mungkin supaya kita terselamat dari hasutan-hasutan dan bujukan-bujukan dari orang - orang yang begitu kuat menentang kita secara membabi buta.
Dan orang yang berjaya itu akan meletakkan seluruh kepercayaannya hanya kepada Allah SWT bahawa Allah sahajalah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui dalam memutuskan aturan hidup hamba-hamba-Nya.
Saya melihat, manusia kini lebih mengutamakan reaksi dari orang ramai berbanding daripada kebenaran syariat dan kaca mata Islam. Astaghfirullah…
Misalnya sesuatu yang asing atau ditolak dalam sesebuah komuniti seperti soal ‘poligami’ (sekadar contoh). Saya percaya pasti ramai sukar untuk menerimanya dan tidak melihatnya dari sudut sisi kebenaran agama. Mereka tidak melihatnya sebagai ibadah, tetapi suatu penindasan. Kerana apa? Kerana ibadah tersebut telah disalahgunakan oleh segelintir masyarakat dalam sesebuah komuniti itu yang tidak berlandaskan ajaran Islam dan mengikuti syariat yang sebenar. Hal inilah yang menyebabkan sehingga masyarakat kita hidup dalam kejahilan, gara-gara perbuatan tersebut, persepsi awalnya dari ‘ibadah’ berubah kepada dilihat sebagai suatu ‘penindasan’. Oleh sebab itu, ilmu merupakan tangga asas dalam mendidik kefahaman manusia tuk memahami dan mendalami ilmu agama Islam dan menuruti syariat secara tepat.
Pendek kata, nak mencari keredhaan seluruh umat manusia adalah satu tujuan yang tak akan tercapai, maka janganlah kita berputus asa dalam mencari keredhaan Ilahi dan berputus asa daripada rahmat-Nya…
Allah SWT pernah berfirman kepada Nabi Muhammad SAW, menegur baginda:
“ dan kamu takut kepada manusia, padahal Allah lebih berhak untuk kamu takuti…”
No comments:
Post a Comment