Alhamdulillah, tadi berkesempatan gak hadir ke masjid dan mengikuti kuliah maghrib hanya untuk beberapa minit. Apa ilmu yang saya dapat malam ni, baru saya tahu bahawa bid'ah itu terbahagi kepada 5. Menurut Syeikh Izzudin, bid'ah ini ada lima iaitu:
- bid'ah wajib
- bid'ah sunat
- bid'ah haram
- bid'ah makruh
- bid'ah harus
Antara penerangan ringkas yang diberi dan mudah untuk kita fahami, bid'ah wajib itu adalah mengaji ilmu nahu, ilmu bacaan Al-Quran. Bid'ah sunat pula bersalaman antara jemaah selepas selesai solat subuh dan asar.
Bid'ah haram pula adalah segala perkara yang bertentangan dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan menjadikan kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang sesat. Yang bid'ah makruh pula menghiasi masjid. Dan yang harus saya tak sempat tangkap. Wallahu'Alam.
No comments:
Post a Comment