Pages

Saturday, May 1, 2010

TIDAKKAH KITA BERASA RUGI...

1. Hadir ke masjid, tetapi tidak beriktikaf.
- Sungguh besar ganjarannya orang2 yg beriktikaf di masjid. Seseorang yang beriktikaf sehari (di masjid), Allah akan menjauhkan dia daripada neraka jahanam sejauh 3 parit dan lebarnya satu parit umpama diantara langit dan bumi.

2. Melarikan diri daripada Majlis Ilmu.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Apabila kamu melalui(bertemu) dengan taman-taman syurga(diatas muka bumi ini) hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu sahabat pun bertanya : Apakah dia taman-taman syurga tersebut?. Rasulullah berkata : Majlis-masjlis ilmu"


3. Ilmu tanpa Amal.
- Sungguh, ilmu tanpa amal itu ibarat pohon yang tidak berbuah. Bahkan menjadi suatu kerja yang sia-sia. Seolah-olah kamu menanam sebiji benih kedalam tanah. Apabila benih itu bercambah menjadi pokok, belum sempat ia mengeluarkan hasilnya, kamu mematikannya(menebang pokok tersebut). Kemudian, kamu menanamnya semula,dan mengulangi perbuatan yang sama berulang2 kali.

4. Berzikir ketika mengantuk.

"Perumpamaan orang yang zikir(ingat) kepada Tuhannya dengan orang yang tidak ingat kepada-Nya adalah seperti perbandingan antara orang yang hidup dan orang yang mati" (Riwayat Bukhari)


5.Kamu berjaga malam, tetapi tidak menunaikan Tahajud.
- Sesungguhnya Allah labih menyukai hambanya dari kalangan yang muda-muda(remaja), bangun malam dan bertahajud kepada-Nya. Apakah kita lupa besarnya ganjaran mereka-mereka(yang beriman) yang menghidupkan malamnya dengan beribadah kepada Allah, sedangkan teman-temannya yang lain sedang nyenyak dibuai mimpi (diatas tilam yang empuk).

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman: 13)


6. Tidak segera bertaubat.
- Apakah kamu fikir kamu masih dapat menghirup oksigen-oksigen yang diberi oleh Allah pada hari esok??

Imam Ghazali :

"Orang yang tidak segera bertaubat terancam bahaya besar. Hatinya menjadi gelap dan berkarat. Kemudian bila ia didatangi sakit atau maut, bererti dia menghadap Allah dengan hati yang tidak sejahtera".


7. Tidak beristiqamah dalam ibadat(sunat).
- Sungguh Allah menyukai hamba-hamba-Nya yang istiqamah dalam menggandakan amalannya dengan ibadat-ibadat sunat. Ringkasnya, apabila kita telah tekad(berniat) untuk mengerjakan solat sunat rawatib setiap kali selepas solat fardhu,hendaklah kita konsisten melakukannya. Melainkan ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Contoh lain, berpuasa(sunat) 2 kali seminggu, bersedekah, bangun malam(qiamulail) dan lain-lain.


8. Tidak saling nasihat-menasihati sesama kawan.
- Sebagai seorang muslim dan mukmin,kita seharusnya membimbing dan saling mengingati antara satu sama lain ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.. Secara tidak langsung, ia akan menguatkan lagi iman kita kerana dalam masa kita menasihati sahabat kita,kita juga sedang mengingati diri kita. Seperti pantulan cermin. Tambahan pula, dapat mengukuhkan ukhwah,ikatan silaturahim antara kita dan sahabat-sahabat.

" Demi masa,sesunggunya manusia dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran". (Surah Al-'Asr)


9. Tidak bersedekah.
- Apabila kita melalui suatu kawasan yang mana terdapat peminta-peminta sedekah, apakata kita ringankan tangan untuk bersedekah kepada mereka yang tak berdaya. Bukankah tangan diatas(yang memberi), lebih baik tangan dibawah(yang menerima).

Katakanlah ketika itu kamu tidak mempunyai harta(wang) yang mencukupi, maka bersedekahlah dengan berdoa. Mudah-mudahan mereka yang diuji oleh Allah dengan kesusahan ini dapat bertahan dan tabah(hatinya) dalam mengharungi sisa-sisa hidup mereka dan mendapat bantuan dari golongan yang berupaya atau pihak berkuasa.

Dari Abu Hurairah r.a. , bahwa sesungguhnya Rsulullah S.A.W. telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 hal : amalan jariah(sedekah), ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh mendoakannya". (HR Bukhari, dalam Adabul Mufrad)


10. Sedekah kerana menunjuk-nunjuk(riya').

"Wahai orang yang beriman, jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan-perkataan membangkit-bangkit dan kelakuannya yang menyakiti, ia seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia(riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat".


11. Menghabiskan wang ringgit untuk perkara dunia dan lupa untuk menginfakkan harta ke jalan Allah.

"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada 2 malaikat yang menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". dan Yang satu lagi menyeru, "Musnahkanlah orang yang menahan hartanya".


Ya akhi wa ukhti, marilah...kejar(jaga) 5 perkara ini sebelum datangnya 5 perkara yang akan datang;
  • masa mudamu sebelum tua
  • masa sihatmu sebelum sakit
  • masa lapangmu sebelum sibuk
  • masa beradamu(kaya) sebelum jatuh miskin
  • masa hidupmu sebelum mati

Firman Allah Taala dalam surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 3:

Maksudnya : “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu rnereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan din dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia”.

....dan sesungguhnya yang paling dekat dengan kita adalah mati, sungguh orang yang bijak itu sentiasa ingat kepada kematian~ Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...