Pages

Sunday, May 2, 2010

"Hantu tu tak pakai NAMETAG...mane aku tahu hantu ape"

Sejak akhir- akhir ni, korang perasan tak, banyak betul filem-filem hantu yang ditayangkan. Tak kira lah dekat negara orang putih ke, negara matahri terbit ke, kat negara sendiri ke…same je. Cuma hantu diorang je lain-lain. Ada yang pakai bedak tebal, contact lens yang macam mata hantu(kononnya), kuku panjang, rambut palsu macam reban ayam, dan macam-macam lagi lar. (Tak rimas ker pelakon-pelakon tu??)

Kalau tak silap aku, ustaz aku pernah cakap jangan tengok banyak sangat cerita-cerita macam tu, khususnya golongan kanak-kanak. Kenapa?. Sebab ada sesetengah kajian yang mengatakan bahawa cerita-cerita seram ni dapat menganggu perkembangan otak kanak-kanak, dan memberi effect yang buruk in terms of psychology and mentality. Mana taknya, setiap kali lepas tengok citer hantu mesti takut tidur sorang. Almaklumlah, zaman kanak-kanak kan diorang punya memori ngan imaginasi kuat...masih fresh. Nak pergi tandas…lagilah takut, tengok mangkuk tandas pun tak hingin. Kalu anak-anak yang jenis solehah pulak, bukan main sebelum tidur ambik wudhuk, pastu tepuk-tepuk tilam dengan bantal pastu tidur dengan kopiah sekali. (tapi aku dulu-dulu takdelah sampai macam tu sekali)

Tapi itulah, semakin meningkat dewasa ni, semakin berani pulak tengok citer hantu,citer seram nih. Macam dah lali, atau saitifiknya dah immune. Dipendekkan cerita, sekadar nak kongsilah cerita atau kenangan aku masa dulu-dulu. Masa tu aku cerita-cerita dengan kawan-kawan sekampung aku tentang hantu yang diorang pernah Nampak. ~

Berikut adlah dialog perbualan antara kami ;

Kimi : weh, jom borak-borak…penat r lumba basikal…esok sambung race balik.

Yang lain-lain pun bersetuju dengan cadangan senior kitaorang. Masing- masing duduk dalam bulatan(lebih kurang r bulatnya) di bawah sebatan pokok.

Ilham : citer ap bro?

Kimi : sabar-sabar(dalam nada tertawa). Ok, camni korang pernah Nampak hantu tak sebelom-sebelom ni?

Ada jawab ya, ada la jugak yang jawab tak.

Kimi : semalamkan aku pergi piknik kat Air Terjun Jeram Tanduk ngan keluarga aku. Masa aku tengah jalan sorang-sorang kat tepi batu besar…adalah tinggi pokok ni..aku berhenti berehat jap sandar kat batu tu. Lepas tu tiba-tiba meremang bulu roma aku, aku rasa macam batu tu bergerak. Aku tengok kat atas ada satu kepala,ada tanduk…rupa-rupanya hantu galah. Lepas tu apa lagi aku cabut pergi lari kat ayahku.

Adam : uish(dalam nada terkejut)…aku pon ada nampak gak dua hari yang lepas. Kalu tak silap malam jumaat. Kalu kat Indon orang kata malam keliwon. Malam Pontianak-pontianak berkeliaran.

Aku : betul dop mung?

Adam : jangan menyampuk. Biar aku abis citer dulu. Malam tu kat sekolah ada majlis apa ntah macam majlis makan-makan. Aku ikut mak aku la. Lepas aku habis makan, nak gi basuh tangan air paip lak takde. Terpakselah aku naik tingkat dua bangunan sekolah tu gi cari tandas. Masa kat dalam tandas tu, tiba-tiba lak rase nak terkucil. Apa lagi aku terus r masuk toilet. Masa aku nak buka pintu jamban tu tiba-tiba rase tak boleh nak bukak. Macam ada orang tekan. Lepas tu apalagi aku tendang r pintu tu, terus terbukak. Aku pun cepat basuh tangan, aku tengok cermin ada macam lembaga pucat kat pintu tu. Aku pusing tengok…aku jerit Pontianak!!!. Lintang pukang aku lari.

Amal : doh aku napok antu jepung berkawat depan aku mase aku lalu bangunan lame kat sekolah kita tu. Lagi seram…basah habis seluor aku.hahaha...(sambil diiringi suara ketawa kami semua)

Mail : oh..aku pakcik aku citer, dia tangkap toyol 2 bulan lepas. Rumah dia kat sekitar Janda Baik. Katanya kawasan tu tempat 'jin bertendang' ...senang citer tempat situ banyak 'penunggu' la.

kimi : terer ngat pakcik mung. eh, mie mung takde citer ke??

Lepas tu tibalah giliran aku bercerita.

Aku : aku pun ada jumpa gak hantu.

Kimi : hantu apa, kat mana?? (semua mata memandang kat aku,terkejut aku)

Aku : adalah…dua hari lepas kot. Masa kampung kita buat jamuan malam tu. Masa tu aku jalan sorang-sorang kat belakang bukit tu, saje nak jalan. Aku ajok Adam ngan Mail ye tamboh ikot. Tiba-tiba aku Nampak ada orang bergayut kat atas dahan pokok.... dua kaki dari bukit tu. pokok rambutan kot. Mulanya aku takut r nak tegur…sebab bau busuk sangat. Muka lak tak nampak. Nampak kain putih je. kotor-kotor sikit.

Adam : hantu rambutan la tu.

Aku : eh…tak…bukan3x….

Ilham : habis tu hantu ape?

Aku : emm……..tak taulah pulak aku. Sebab hantu tu tak pakai NAMETAG.


Lepas tu semua kawan-kawan aku ketawa…hahaha


So moral of the story; sebenarnya hantu ni tak wujud pun. Hanya imaginasi kita je. Kalu korang tak percaya, cuba check dlm Al-Quran, ada tak makhluk bergelar hantu?. Setahu aku yang adanya malaikat, syaitan, jin, manusia dan bidadari. Selain daripada itu haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Yang adanya hantu manusia adalah. Yang suka kacau orang tengah-tengah malam, yang keluar kat dalam kaca tv..ha HANTU la tu. (=])

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...