Pages

Saturday, May 1, 2010

‘SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN’



Kawan-kawan ingat tak lagi ayat ni :

‘SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN’



Mari kita buat refleksi diri;
-adakah aku sentiasa melengah-lengahkan solat?

-khusyuk tak aku solat tadi?

-dah sempurna ke solat aku?

-cukup tak aku solat 5 waktu hari ni??

-apakah solat fardhu ku diterima disisi Ilahi?



“Ya Allahu Ya Rabbi, terimalah solatku, dan ibadahku, dan peliharalah daku dari kemurkaan-Mu dan azab-Mu. Sungguh,azab-Mu benar-benar pedih”.


Tahu tak kawan-kawan, tidak diangkat solat kita ke langit selagi tidak cukup 5 waktu sehari semalam?. Jadi adakah solat kita akan diterima?. Meskipun kita menunaikan solat fardhu, dan dicatat amalan oleh malaikat yang telah ditugaskan oleh Allah S.W.T. untuk mencatat amalan anak cucu Nabi Adam, tetap tidak akan diterima selagi mana tidak cukup kelima-limanya. Bagaimana pula yang cukup kelima-lima waktunya,tapi solat sekadar sambil lewa?,bak kata orang seperti ayam cari makan.

Tahu tak kawan-kawan, solat itu peghulu segala amalan?. Kan Rasulullah dah cakap 1400 tahun lebih dulu yang amalan pertama yang akan dihisab setiap anak Nabi Adam pada Hari Perhitungan nanti itu adalah solatnya.

Tahu tak kawan-kawan bahawa solat itu tiang agama?.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
“Solat adalah tiang agama. Orang yang mendirikan solat bererti menegakkan agama. Orang yang meninggalkannya bererti merobohkannya”. (HR Baihaqi dan Kasyf al-Khafa’: 1621)


Tahu tak kawan-kawan yang solat itu mensucikan diri?. Bukankah solat dapat mencegah kemungkaran. Bahkan secara langsung dapat membentuk peribadi yang mulia dan solehah. Rasulullah berpesan : “Istiqamahlah mendirikan solat kalian. Jangan berputus asa. Ketahuilah sesungguhya sebaik-baik amal ibadah ialah solat. Tiada yang memelihara wudhuk(kesucian diri) kecuali insan yang beriman”.

Tahu tak kawan-kawan solat itu mendamaikan hati, menyejukkan hati dan menghapus dosa-dasa kita?. Sesungguhnya kita ini bukanlah bersifat maksum seperti para nabi, dan kita tidak akan terlepas dari melakukan dosa-dosa samada dalam keadaan sedar ataupun dalam sedar. Solat itu dapat menjadi penghapus dosa dan meningkatkan darjat seseorang.

Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Mahukah kalian aku tunjukkan amalan perbuatan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan kalian, serta meninggikan darjat kalian?” Para sahabat menjawab, t “tentulah kami mahu tahu wahai utusan Allah”. Rasulullah S.A.W. bersabda, “Menyempurnakan wudhuk walaupun dalam keadaan sukar, memperbanyak jalan ke masjid, dan menunggu masuknya waktu solat seterusnya setelah mendirikan solat, maka itulah yang disebut sebagai ar-Ribath”. (HR Muslim)

Sesungguhnya,beruntunglah orang-orang menunaikan kewajipan ini(solat) dan memeliharanya.
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya”. Al-Mukminun: ayat 1-2

“Dan orang-orang yang memelihara solatnya”. Al-Mukminun: ayat 9


Ibadat solat merupakan salah satu dalam rukun Islam, sabda Rasulullah S.A.W. , “Islam ditegakkan diatas lima sendi”. HR Bukhari & Muslim





.:HADIS TAMBAHAN :.

1. “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi oaring munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya nescaya mereka akan mendatangi keduanya meskipun dengan merangkak.” - HR Bukhari & Muslim

2. “Barangsiapa solat Isyak berjemaah, maka seakan-akan dia telah bersolat setengah malam, dan barangsiapa soalt Subuh berjemaah, seakan-akan dia mendirikan solat semalam penuh.” –HR Muslim.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...